Vision, Mission & Goal
FALSAFAHPaduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.
WAWASAN
UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.
MISI
Menjadi pusat ilmu terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta menyejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.
MATLAMAT PENDIDIKAN
Melahirkan siswazah yang berkeyakinan, berkepimpinan, beretika dan berjati diri kebangsaan di persada antarabangsa.
DASAR KUALITI UNIVERSITI
Seluruh warga UKM bertekad menjadikan UKM pusat ilmu terpilih melalui pendidikan, penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan yang menepati keperluan pelanggan.
Struktur Bahagian Jaminan Kualiti FEP
Unit Jaminan Kualiti Pusat
Dipengerusikan oleh Pengerusi Pusat
• memastikan kesemua program-program melaksanakan inovasi dan penambahbaikan berterusan bagi kaedah pembelajaran di Pusat
• membangunkan (sekiranya perlu), menyelaraskan dan memantau pengkalan data (dokumen-dokumen sokongan berkaitan) agar sentiasa terkini dan menurut keperluan MQA/ISO dan mana-mana badan ikhtisas terkini
• memastikan kesemua program siswazah dan prasiswazah menghasilkan dokumentasi yang menepati keperluan MQA/ISO dan mana-mana badan ikhtisas terkini
• membangunkan dan menyelenggara pengkalan data maklumbalas stakeholders pusat/program
• melaksanakan penambahbaikan berdasarkan feedback stakeholders yang diperolehi (stakeholders interview, exit survey pelajar, employer survey, parents survey) dari Jawatankuasa Dokumentasi dan CQI dan juga di peringkat Pusat
• melaksanakan audit dalaman (memenuhi keperluan ISO, MQA dan mana-mana badan ikhtisas) secara berkala
• mewar-warkan maklumat berkenaan ISO, MQA dan sebarang perkembangan terkini kepada ahli-ahli pusat melalui mesyuarat Pusat
• menyampaikan maklumat terkini dan membantu Jawatankuasa2 Kelompok
• menyediakan laporan prestasi Unit Jaminan Kualiti Pusat dalam Mesyuarat Bahagian Jaminan Kualiti Pusat setiap dua bulan sekali
Jawatankuasa Kelompok (mengikut bidang di Pusat)
• merancang pengajaran dan pembelajaran bidang/kelompok agar kursus-kursus memenuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)
• memperkemaskini assessment blueprint bidang/kelompok
• memastikan kurikulum bidang/kelompok disemak dan dipantau mengikut kehendak semasa dan keperluan stakeholders
• memastikan fail kursus disediakan mengikut kehendak ISO dan MQA
• menyediakan laporan perjalanan jawatankuasa untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat Unit Jaminan Kualiti Pusat secara berkala.









