#FEPterkedepan

 #FEPterkedepan

Struktur Pengurusan Kualiti

Unit Jaminan Kualiti Pusat

Dipengerusikan oleh Pengerusi Pusat

• memastikan kesemua program-program melaksanakan inovasi dan penambahbaikan berterusan bagi kaedah pembelajaran di Pusat

• membangunkan (sekiranya perlu), menyelaraskan dan memantau pengkalan data (dokumen-dokumen sokongan berkaitan) agar sentiasa terkini dan menurut keperluan MQA/ISO dan mana-mana badan ikhtisas terkini

• memastikan kesemua program siswazah dan prasiswazah menghasilkan dokumentasi yang menepati keperluan MQA/ISO dan mana-mana badan ikhtisas terkini

• membangunkan dan menyelenggara pengkalan data maklumbalas stakeholders pusat/program

• melaksanakan penambahbaikan berdasarkan feedback stakeholders yang diperolehi (stakeholders interview, exit survey pelajar, employer survey, parents survey) dari Jawatankuasa Dokumentasi dan CQI dan juga di peringkat Pusat

• melaksanakan audit dalaman (memenuhi keperluan ISO, MQA dan mana-mana badan ikhtisas) secara berkala

• mewar-warkan maklumat berkenaan ISO, MQA dan sebarang perkembangan terkini kepada ahli-ahli pusat melalui mesyuarat Pusat

• menyampaikan maklumat terkini dan membantu Jawatankuasa2 Kelompok

• menyediakan laporan prestasi Unit Jaminan Kualiti Pusat dalam Mesyuarat Bahagian Jaminan Kualiti Pusat setiap dua bulan sekali

Jawatankuasa Kelompok (mengikut bidang di Pusat)

• merancang pengajaran dan pembelajaran bidang/kelompok agar kursus-kursus memenuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)

• memperkemaskini assessment blueprint bidang/kelompok

• memastikan kurikulum bidang/kelompok disemak dan dipantau mengikut kehendak semasa dan keperluan stakeholders

• memastikan fail kursus disediakan mengikut kehendak ISO dan MQA

• menyediakan laporan perjalanan jawatankuasa untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat Unit Jaminan Kualiti Pusat secara berkala.