Ralat
  • Expected response code 200, got 403 Forbidden

    Forbidden

    Error 403

  • Expected response code 200, got 403 Forbidden

    Forbidden

    Error 403

Notis
  • Simple Image Gallery Pro Notice: Joomla!'s /cache folder is not writable. Please correct this folder's permissions, clear your site's cache and retry.
  • Simple Image Gallery Pro Notice: Joomla!'s /cache folder is not writable. Please correct this folder's permissions, clear your site's cache and retry.

Program Pemulihan

Taman Paku Pakis adalah sebagai suatu kawasan perlindungan dan pemuliharaan terhadap tumbuhan pteridofit yang terancam atau berkemungkinan besar terancam kelangsungan hidupnya akibat tekanan pembangunan. Program pemuliharaan akan ditumpukan terutamanya kepada spesies terancam, endemik dan langka. Paku pakis yang mempunyai kepentingan kepada ekonomi dan masyarakat seperti paku pakis ubatan, makanan dan hiasan juga akan diberi perhatian. Penanaman secara in situ bagi spesies asal di taman serta penanaman secara ex situ bagi spesies yang dibawa dari luar akan dijalankan secara seiring.

i)Pemuliharaan ex-situ

Pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau spesies tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya. Sampel atau spesies tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

ii)Pemuliharaan in-situ

Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan dan pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu malalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Usaha pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang efektif, rekabentuk yang kreatif, pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi, pengurusan kawasan hutan simpan (protected area) dan mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan. 

 

{gallery}Program Pemulihan{/gallery}

 

Program Pendidikan

Program pendidikan melibatkan pelajar universiti, pelajar sekolah menengah, sekolah rendah dan termasuk juga masyarakat sekitar yang berminat mendalami pengetahuan mengenai alam pteridofit. Program pendidikan biasanya dibuat dalam bentuk gerak kerja atau permainan seperti 'Pencarian Harta Karun', 'Silang kata', 'Teka teki, kuiz dan sebagainya. Aktiviti penanaman juga dijadikan salah satu medium mendalami ilmu mengenai alam pteridofit. Bagi pelajar UKM, subjek khusus mengenai pteridofit (Kursus Botani Kriptogam) ada ditawarkan kepada pelajar terutamanya pelajar Program Biologi dan subjek ini dibuka kepada pelajar luar fakulti.

 

{gallery}galeri/program_pendidikan{/gallery}

 

 

Lokasi

Info Penting

WAKTU OPERASI LAWATAN

Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat : 9.00 pagi – 12.00 tengahari, 3.00 – 5.00 petang

Sabtu dan Ahad: Dibuka atas permintaan

 

HUBUNGI : Pengurusan Taman Paku Pakis UKM

Telefon : +603-8921 3459

Faks : +603-8925 3357

Email : tppukm@ukm.my