Ralat
  • Expected response code 200, got 403 Forbidden

    Forbidden

    Error 403

Tabung Amanah TPPUKM

LATARBELAKANG TABUNG AMANAH

Taman Paku Pakis UKM merupakan satu wahana penjanaan dana. Tabung ini bertujuan memudahkan warga dan alumni UKM serta masyarakat umum menyumbang sejumlah wang kepada TPPUKM sebagai amalan kebajikan berasaskan konsep waqaf (endowmen), infaq (sedekah) dan juga menunaikan ‘Tanggungjawab Sosial Korporat’ - Corporate social responsibility (CSR). waqaf  dari segi istilah ialah menahan harta yang dapat diambil manfaatnya untuk kebaikan tanpa menghabiskan harta induk itu. Harta itu dapat dimanfaatkan atau digunakan hasilnya untuk tujuan amal selama harta tersebut masih ada. Infaq  pula adalah amalan mulia menderma yang mana sumbangan seseorang itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan segera.

TUJUAN TABUNG AMANAH TPPUKM

  • Mengagihkan sumbangan waqaf dan sumbangan infaq untuk pembangunan prasarana, program dan aktiviti TPPUKM dan juga dana penggerak aktiviti Rakan Taman.
  • Memupuk dan meningkatkan kesedaran warga dan alumni UKM, serta masyarakat Malaysia mengenai kelebihan, keutamaan dan fadhilat (virtues) amalan sedekah, derma dan sumbangan.
  • Memupuk dan meningkatkan kesedaran warga dan alumni UKM, serta masyarakat Malaysia mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi.

MANFAAT DAN GANJARAN

  1. Pengecualian cukai pendapatan,
  2. Keahlian seumur hidup Rakan Taman TPPUKM dan nikmati pelbagai faedah
  3. Menunaikan tanggungjawab sosial kepada alam, masyarakat dan generasi akan datang

Al-Qur'an menyebut (maksudnya):
"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, lagi melipui pengetahuan-Nya"
(Al-Baqarah 2"261)

BENTUK SUMBANGAN

  1. Kewangan sama ada dalam bentuk tunai atau cek
  2. Penajaan untuk penerbitan, program, aktiviti dan sebagainya
  3. Fizikal seperti bangunan, peralatan pertanian, peralatan dalam taman, prasarana taman dan sebagainya
  4. Item angkat sama ada kawasan dalam taman, pokok, item prasarana, rintis dan sebagainya
  5. Tenaga kerja sukarela

CARA SUMBANGAN

  1. Sebarang bentuk sumbangan sila isi borang TABUNG AMANAH TPPUKM.
  2. Sumbangan dalam bentuk ‘WANG TUNAI’ boleh dilakukan dengan memasukkan wang yang ingin didermakan ke dalam akaun berikut: No. Akaun CIMB BANK: 1218-0010075-05-3. Sila simpan slip simpanan wang untuk diserahkan kepada pihak Penyelarasan TPPUKM untuk penyediaan Resit Pengecualian Pendapatan. Sila serahkan slip tersebut bersama-sama borang TABUNG AMANAH yang telah diisi dengan lengkap.
  3. Sumbangan dalam bentuk ‘CEK’ perlu ditulis atas nama BENDAHARI UKM. Sila serahkan cek tersebut bersama-sama borang TABUNG AMANAH yang telah diisi dengan lengkap.
  4. Sumbangan dalam bentuk ‘FIZIKAL’ atau penajaan perlu berurusan terus dengan pihak Jawatankuasa Penyelarasan TPPUKM atau dengan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi
  5. Sumbangan dalam bentuk ‘TENAGA MANUSIA’ perlu berurusan terus dengan pihak Jawatankuasa Penyelarasan TPPUKM atau dengan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi
  6. Sumbangan dalam bentuk ‘ITEM ANGKAT’ perlu berurusan terus dengan pihak Jawatankuasa Penyelarasan TPPUKM atau dengan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi
  7. Sumbangan dalam bentuk ‘PENAJAAN’ perlu berurusan terus dengan pihak Jawatankuasa Penyelarasan TPPUKM atau dengan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi

Lokasi

Info Penting

WAKTU OPERASI LAWATAN

Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat : 9.00 pagi – 12.00 tengahari, 3.00 – 5.00 petang

Sabtu dan Ahad: Dibuka atas permintaan

 

HUBUNGI : Pengurusan Taman Paku Pakis UKM

Telefon : +603-8921 3459

Faks : +603-8925 3357

Email : tppukm@ukm.my