Ralat
  • Expected response code 200, got 403 Forbidden

    Forbidden

    Error 403

Pendahuluan

Ancaman kemusnahan kepelbagaian biologi adalah merupakan permasalahan serius dan bersifat global yang dihadapi oleh dunia pada hari ini. Masalah tersebut dihadapi oleh semua negara di dunia terutamanya di kawasan tropika dan subtropika yang memang terkenal dengan kepelbagaian biologi yang tinggi tetapi pada masa yang sama harus mengorak langkah mengejar kemajuan dan pembangunan. Pembukaan kawasan-kawasan baru untuk kegunaan perindustrian, pertanian dan penempatan mempunyai akibat langsung terhadap penyusutan kerencaman dan kepelbagaian spesies.

Malaysia merupakan salah satu negara tropika yang dilanda krisis ini. Negara ini dianugerahkan dengan kekayaan flora di Hutan Hujan Tropika yang tidak ternilai harganya. Adalah dianggarkan terdapat kira-kira lebih 10 000 spesies tumbuhan berbunga (angiosperma dan gimnosperma), lebih 1000 spesies paku pakis atau pteridofit dan tidak terhitung banyaknya spesies daripada kumpulan kriptogam seperti lumut, kulat, liken dan alga. Kekayaan kepelbagaian flora di Malaysia yang keluasan relatifnya hanya lebih kurang 131,588 km persegi berkait rapat dengan kehadiran pelbagai bentuk habitat yang terdapat mulai dari kawasan tanah pamah hingga ke kawasan pergunungan serta keadaan iklim yang sesuai bagi perkembangan tumbuhan sepanjang tahun. Hutan Hujan Tropika amat penting antara lain kerana:

  • Membekalkan keperluan ubatan, makanan, perlindungan dan sebagainya kepada masyarakat setempat.
  • Mengekalkan keseimbangan ekosistem
  • Pemuliharaan habitat dan bekalan air kekal
  • Merupakan sumber dan kolam genetik flora dan fauna
  • Sumber kayu dan balak dan sebagainya


Pembangunan yang pesat di Malaysia juga telah memberi satu ancaman kepada kelestarian spesies natif, langka, endemik dan sebagainya. Bagi tumbuhan paku pakis, ancaman kepupusan beberapa spesies tertentu adalah jelas. Contoh yang amat ketara ialah di kepulauan Langkawi, kepulauan Tioman, Bakun, Sarawak, Banjaran Crocker, Sabah dan beberapa kawasan lagi, banyak kawasan hutannya telah dibersihkan dan dibuka untuk pelancongan, perindustrian, perumahan, jalanraya, infrastruktur dan seumpamanya. Pembersihan kawasan bukan sahaja menganggu habitat paku pakis malahan mampu membawa kepada kepupusan spesies tertentu terutamanya spesies endemik yang hanya dijumpai di kawasan tertentu. Ancaman kepupusan yang meruncing ini memerlukan suatu perancangan yang sistematik untuk memulihara sama ada secara in situ ataupun ex situ semua spesies paku pakis tidak kira spesies yang berstatus terancam, endemik, langka mahupun spesies yang tidak berstatus. Usaha pemuliharaan ini memerlukan kepada lima langkah yang perlu diambil kira:

  • Mendokumentasikan spesies
  • Mengekalkan habitat awal spesies berkenaan
  • Mengumpulkan keseluruhan tumbuhan hidup
  • Mengumpulkan spora untuk percambahan
  • Mencari alternatif kaedah pembiakan selain daripada melalui percambahan spora secara semulajadi

Lokasi

Info Penting

WAKTU OPERASI LAWATAN

Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat : 9.00 pagi – 12.00 tengahari, 3.00 – 5.00 petang

Sabtu dan Ahad: Dibuka atas permintaan

 

HUBUNGI : Pengurusan Taman Paku Pakis UKM

Telefon : +603-8921 3459

Faks : +603-8925 3357

Email : tppukm@ukm.my