Ralat
  • Expected response code 200, got 403 Forbidden

    Forbidden

    Error 403

Peta Laluan Taman Paku Pakis

Kawasan Taman Paku Pakis mempunyai sebatang anak sungai yang mempunyai sebuah kolam empangan (Kolam Aziz Bidin) dan sebuah tasik yang bersebelahan dengan bangunan Sains Nuklear (Tasik Ghazali). Beberapa jalan utama, rintis dan denai telah dibina bagi memudahkan pengunjung. Nama jalan, rintis dan denai mengikut spesies dominan yang terdapat di sepanjang laluan tersebut. Panduan peta laluan yang dilakarkan adalah pada peringkat Fasa I (Rajah 3) .

Terdapat enam pintu masuk ke Taman Paku Pakis UKM termasuk pintu masuk utama, kedua ketiga dan keempat di bahagian hadapan taman dan dua pintu masuk di bahagian belakang taman (Rajah 3). Walau bagaimanapun laluan masuk pengunjung hanya melalui pintu masuk utama sahaja atas sebab-sebab keselamatan serta untuk mengawal keluar masuk pengunjung. Jika lawatan melibatkan aktiviti ekplorasi taman melalui 'Natural Walk' di rintis Sellaginella maka laluan ketiga akan digunakan dan akan berakhir di pintu masuk kelima. Laluan keluar juga lebih tertumpu di pintu masuk utama kecuali bagi situasi tertentu terutamanya lawatan melibatkan pakej lawatan yang melibatkan Kompleks Rumah Tumbuhan dan Taman Herba Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

peta laluan taman paku pakis

Lokasi

Info Penting

WAKTU OPERASI LAWATAN

Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat : 9.00 pagi – 12.00 tengahari, 3.00 – 5.00 petang

Sabtu dan Ahad: Dibuka atas permintaan

 

HUBUNGI : Pengurusan Taman Paku Pakis UKM

Telefon : +603-8921 3459

Faks : +603-8925 3357

Email : tppukm@ukm.my