Ralat
  • Expected response code 200, got 403 Forbidden

    Forbidden

    Error 403

Sejarah

Pengumpulan spesies paku pakis telah mula giat dijalankan sejak tahun 1982. Penyediaan kawasan sementara di Kompleks Rumah Tumbuhan telah memudahkan lagi usaha pengumpulan spesies. Idea asal pembentukan Taman Paku Pakis UKM telah dicetuskan oleh Prof. Dr. Abdul Aziz Bidin yang merupakan Ketua Jabatan Botani pada ketika itu. Pembinaan taman dirasakan sangat perlu kerana koleksi paku pakis yang ditanam di kawasan sementara di Kompleks Rumah Tumbuhan telah kian meningkat serta memerlukan ruang yang lebih luas.

Taman Paku Pakis UKM telah mula diusahakan pada bulan Jun 1988 dan telah dirasmikan pada tahun 18 Mei 1990 oleh Seri Paduka Banginda Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuan’ku Abdul Rahman, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia bersempena perayaan Ulang Tahun UKM yang ke-20 tahun. Upacara perasmian ini turut dihadiri oleh Tun Ismail Mohd. Ali dan Tan Sri Abdullah Salleh, sebagai Pro-canselor UKM dan juga Tan Sri Rashdan Baba. 

 

Upacara Penanaman Cibotium Barometz oleh Tuanku Canselor Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, sempena hari perasmian Taman Paku Pakis UKM pada 18 Mei 1990. Prof. Dr. Abdul Aziz Bidin tiga dari kiri. 

Lokasi

Info Penting

WAKTU OPERASI LAWATAN

Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat : 9.00 pagi – 12.00 tengahari, 3.00 – 5.00 petang

Sabtu dan Ahad: Dibuka atas permintaan

 

HUBUNGI : Pengurusan Taman Paku Pakis UKM

Telefon : +603-8921 3459

Faks : +603-8925 3357

Email : tppukm@ukm.my