Ralat
  • Expected response code 200, got 403 Forbidden

    Forbidden

    Error 403

Pengenalan Rakan Taman

 

Satu badan sukarelawan yang dipanggil "Friends of the Garden" atau Rakan Taman yang terdiri terutamanya daripada kakitangan yang sudah bersara tidak kira dari badan kerajaan mahupun swasta. Mereka juga terlibat di dalam usaha mengumpulkan dana untuk projek-projek taman. Contoh aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Rakan Taman ini adalah seperti menggalakkan rakan-rakan baru
menyertai mereka, mengadakan bengkel, memberikan ceramah, "guided tours", serta memberi sokongan kepada taman melaluipembelian produk dan pokok yang dijual oleh pihak taman serta menjadi badan sukarelawan. Rakan Taman ini juga turut terlibat di dalam aktiviti pengumpulan koleksi hidup dan pengumpulan spesimen herbarium.

 

Misi
Misi penubuhan Rakan Taman ini adalah sebagai sahabat taman yang membantu dalam mempromosikan taman serta membantu pihak pengurusan taman di dalam usaha pembangunan taman demi mencapai sasaran sebagai taman botani bertaraf antarabangsa.

 

Objektif

  • Objektif-objektif "Friends of the Garden" adalah seperti:
  • Memelihara dan mempertingkatkan pemuliharaan alam semulajadi terhadap koleksi tumbuhan-tumbuhan asal Australia.
  • Mempamerkan kepelbagaian penyelidikan yang telah dilakukan terhadap ekologikal, geografi dan nilai-nilai holtikultur.
  • Menyediakan maklumat dan pendidikan kepada masyarakat tentang usaha memperkenalkan, pendidikan dan penanaman tumbuhan-tumbuhan Australia melalui kuliah dan bengkel yang disediakan.
  • Meningkatkan kesedaran saintifik, pendidikan dan pemuliharaan taman kepada masyarakat.
  • Mempromosikan pembangunan taman yang telah dijalankan.
  • Bertindak sebagai penghubung di dalam menggalakkan masyarakat untuk memanfaatkan dan menghargai alam semulajadi.
  • Mengumpul dana kewangan untuk mencapai objektif yang telah dirancang.
  • Mengukuh dan mengekalkan dana awam yang dipanggil "Friends of the Garden" di dalam menyokong dan mencapai objektif-objektif pemuliharaan alam semulajadi.

Lokasi

Info Penting

WAKTU OPERASI LAWATAN

Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat : 9.00 pagi – 12.00 tengahari, 3.00 – 5.00 petang

Sabtu dan Ahad: Dibuka atas permintaan

 

HUBUNGI : Pengurusan Taman Paku Pakis UKM

Telefon : +603-8921 3459

Faks : +603-8925 3357

Email : tppukm@ukm.my