Taman Paku Pakis UKM


Go to content

Program Pemuliharaan

Aktiviti > Program dan Aktiviti

Taman Paku Pakis adalah sebagai suatu kawasan perlindungan dan pemuliharaan terhadap tumbuhan pteridofit yang terancam atau berkemungkinan besar terancam kelangsungan hidupnya akibat tekanan pembangunan. Program pemuliharaan akan ditumpukan terutamanya kepada spesies terancam, endemik dan langka. Paku pakis yang mempunyai kepentingan kepada ekonomi dan masyarakat seperti paku pakis ubatan, makanan dan hiasan juga akan diberi perhatian. Penanaman secara in situ bagi spesies asal di taman serta penanaman secara ex situ bagi spesies yang dibawa dari luar akan dijalankan secara seiring.

 

i)Pemuliharaan ex-situ

 

Pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau spesies tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya. Sampel atau spesies tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

 

ii)Pemuliharaan in-situ

 

Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan dan pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu malalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Usaha pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang efektif, rekabentuk yang kreatif, pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi, pengurusan kawasan hutan simpan (protected area) dan mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan.

 

Halaman Utama | Pengenalan | Info | Aktiviti | Rakan Taman | Dana dan Sumbangan | Hubungi Kami | Site Map




Back to content | Back to main menu