Satu badan sukarelawan yang dipanggil "Friends of the Garden" atau Rakan Taman yang terdiri terutamanya daripada kakitangan yang sudah bersara tidak kira dari badan kerajaan mahupun swasta. Mereka juga terlibat di dalam usaha mengumpulkan dana untuk projek-projek taman. Contoh aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Rakan Taman ini adalah seperti menggalakkan rakan-rakan baru menyertai mereka, mengadakan bengkel, memberikan ceramah, "guided tours", serta memberi sokongan kepada taman melaluipembelian produk dan pokok yang dijual oleh pihak taman serta menjadi badan sukarelawan. Rakan Taman ini juga turut terlibat di dalam aktiviti pengumpulan koleksi hidup dan pengumpulan spesimen herbarium. |
![]() |
Misi penubuhan Rakan Taman ini adalah sebagai sahabat taman yang membantu dalam mempromosikan taman serta membantu pihak pengurusan taman di dalam usaha pembangunan taman demi mencapai sasaran sebagai taman botani bertaraf antarabangsa
Objektif-objektif "Friends of the Garden" adalah seperti:
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti:
Halaman Utama | Pengenalan | Info | Aktiviti | Rakan Taman | Dana dan Sumbangan | Hubungi Kami | Site Map