Get the Flash Player to see this rotator.
Buletin terkini


 Siri Syarahan 1/2013 Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar Fakulti Pendidikan

Pusat Pendidikan Kepelbagaian, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan siri syarahan yang dibuka untuk semua warga UKM dan peserta luar seperti maklumat di bawah.

 

Penceramah:

Prof. Tatjana Koke

Lifelong Learning: Paramount Issues for Individuals and Organizations;

 

dan

Dr. Paed. Karine Oganisjana

Entrepreneurial Study Environment and Learner Diversity: Challenges For Education and Training. Faculty of Education, Psychology and Art, University of Latvia.

 

Tentatif Acara

 

Tarikh Acara : Mula: 25/06/2013 Tamat: 25/06/2013

Masa Acara : Mula: 09:00 Pagi Tamat: 12:00 Tengah hari

Tempat : Gerbang Minda, Fakulti Pendidikan UKM

Penceramah : Prof. Tatjana Koke dan Dr. paed. Karine Oganisjana

Tajuk Syarahan : Lifelong Learning: Paramount Issues for Individuals and Organizations; Entrepreneurial Study Environment and Learner Diversity: Challenges for Education and Training

Penganjur / Penganjur Bersama : Pusat Pendidikan Pepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM

Lampiran

Hebahan digital

SEMUA DI JEMPUT HADIR

 


1st NATIONAL POSTGRADUATE SYMPOSIUM ON MOBILE LEARNING

Tarikh: 15 Jun 2013

Tempat: Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh UKM


Untuk Keterangan Lanjut Sila klik Banner: mlearning

Tentatif Program Prof Mohamed Allly pada 15 Jun 2013: tentatif1

Tentatif Program Prof Mohamed Ally pada 10 -20 Jun 2013: tentatif2

Semua dijemput hadir.






SEMINAR SISWAZAH FAKULTI PENDIDIKAN (3/2013)

Seminar tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 25 Mei 2013 (Sabtu)

Tempat: Gerak Minda Fakulti Pendidikan UKM

Semua dijemput hadir.






Seminar Internasional Pendidikan Serantau Ke -6


Maklumat lanjut adalah seperti keterangan berikut:


Tarikh Acara : Mula: 22/05/2013 Tamat: 23/05/2013

Masa Acara : Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang

Tempat : Rafflesia Hall, NIOSH Bangi, Selangor

Penganjur / Penganjur Bersama : Fakulti Pendidikan UKM & Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Riau, Indonesia

Url : http://www.ukm.my/ukmunri2013/index.php/ms/

Selamat berseminar.





WEBMASTER FAKULTI PENDIDIKAN

Pihak Fakulti Pendidikan ingin merakamkan ucapan PENGHARGAAN dan TERIMA KASIH kepada DR. JAMALUDIN BADUSAH atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang dilantik sebagai Penyelaras Webmaster Fakulti Pendidikan selama tiga tahun. Dr. Jamaludin akan tamat perkhidmatannya sebagai Penyelaras Webmaster FPend pada 14 Mei 2013 ini.


Saya berharap Dr. Jamaludin akan terus memberi sumbangan kepada Fakulti dan UKM berdasarkan pengalaman dan komitmen sepanjang perkhidmatannya sebagai Penyelaras Webmaster FPend. Laman Web FPend mengalami banyak perubahan sepanjang Dr. Jamaludin menjadi Penyelaras webmaster FPend.


Terima kasih sekali lagi atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah diberikan.

Seterusnya pihak Fakulti Pendidikan ingin mengucapkan TAHNIAH kepada EN. MD YUSOFF DAUD atas pelantikannya sebagai PENYELARAS WEBMASTER FAKULTI PENDIDIKAN yang baharu untuk tempoh tiga tahun, iaitu mulai 15 Mei 2013 hingga 14 Mei 2016.


Semoga dengan pelantikan ini akan memberi motivasi dan insprirasi kepada En. Md Yusoff untuk terus memberi khidmat bakti kepada Fakulti dan UKM. Tahniah diucapkan.




PROGRAM TEAM BUILDING & LEADERSHIP PERINGKAT PENGURUSAN FAKULTI PENDIDIKAN, UKM

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa program tersebut akan dijalankan pada:

Tarikh: 17 hingga 19 Mei 2013

Tempat: Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Selamat berbengkel dan selamat maju jaya.




MAJLIS SYARAHAN PERDANA PROFESOR

PORTAL:PENDIDIKAN SAINS DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT BERLITERASI SAINS
OLEH: YBHG. PROFESOR DR. LILIA HALIM, FAKULTI PENDIDIKAN
YBhg. Prof/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

Sehubungan dengan ini adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dr. Lilia Halim akan menyampaikan Syarahan Perdana beliau pada 19 April 2013. Butiran Majlis Syarahan Perdana beliau adalah seperti berikut:

Tajuk Syarahan  : Pendidikan Sains dan Pembangunan Masyarakat Berliterasi Sains
Tarikh               :19 April 2013 (Jumaat)
Masa                 : 8.30-10.30 pagi
Tempat             : Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM

Justeru, pihak Fakulti berbesar hati ingin menjemput YBhg. Prof/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke Majlis Syarahan Perdana ini. Semoga dengan kehadiran semua akan menambahkan lagi kemeriahan di majlis ini dan hasil daripada majlis ilmu ini akan dapat dirasai oleh semua warga Fakulti.


Tahniah di atas perlantikan Prof.Madya Dr.Manisah Mohd Ali sebagai Ketua Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar Fakulti Pendidikan untuk tempoh 3 tahun mulai 1 April 2013 sehingga 31 Mac 2016.

Semoga dengan perlantikan ini menjadi dorongan kepada Prof.Madya Dr. Manisah Mohd Ali untuk memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi bagi meningkatkan citra Jabatan, Fakulti amnya dan Universiti khasnya.

Pihak Fakulti merakamkan ucapan TAHNIAH kepada Dr. Melor Md Yunus kerana telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya, Gred DS54 berkuatkuasa mulai 13 Mac 2013.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan mendorong Prof. Madya Dr Melor Md Yunus untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang di Fakulti Pendidikan dan UKM


Pihak fakulti pendidikan mengucapkan TAHNIAH kepada Puan Rohazaini Hasan kerana telah  dinaikkan pangkat ke  Gred 52 iaitu sebagai Ketua Penolong Pendaftar  Kanan mulai 30 Januari 2013
Tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Nor Aishah Buang atas lantikan sebagai Timbalan Dekan (Jaringan Industri, Alumni, Masyarakat dan Antarabangsa) untuk tempoh tiga (3) tahun mulai 21 Januari 2013 hingga 20 Januari 2016.

Semoga dengan pelantikan ini akan mendorong  YBhg. Prof untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada Fakulti dan Universiti.

Fakulti  menganjurkan bengkel RASCH-MADE-EASY II oleh Adjunct Professor Trevor Bond

Tarikh : 15- 22 Feb 2013

Tempat : Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh, Dewan Kuliah DK 43.101

Maklumat lanjut :  http://www.facebook.com/Raschmadeeasy


Bengkel Human Performance improvement

Tarikh   :10 DIS.  2012 (ISNIN)
Tempat :Gerbang Minda 
Masa    :8.45pg – 4.15 ptg

Fakulti Pendidikan merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Mohd Hanafi Mohd Yasin di atas Kejayaan mendapat Pingat Emas dalam Seminar Seoul International Invention Fair 2012 : mempamerkan produk "Qalamiy - A Pencil or A Pen Grip Device yang diadakan pada 29 November 2012

Seminar Siswazah (5/2012) Fakulti Pendidikan:
Tarikh : 24 November 2012 (Sabtu)
Tempat : Hotel Residence, Uniten  
Sila klik pada pautan ini untuk dapatkan Jadual seminar siswazah



Lawatan Audit Dalaman Persijilan MS ISO 9001:2008  Ke Fakulti Pendidikan Pada 21 November 2012 (Rabu).

Fakulti Pendidikan ingin mengucapkan TAHNIAH kepada YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Ab Halim Tamuri atas penganugerahan Medal Theb Den Rank oleh Royal Government of Combodia. Anugerah disampaikan oleh H.E. Hun Maneth, highest representative of Samdech Akka Moha Sena Padei Techo HUN SEN pada 29 Oktober 2012 di Kratie Province, Combodia. Kepada Dato' Halim, tahniah diucapkan. Semoga sumbangan bakti merentas negara ini menjadi ikutan kepada rakan-rakan lain.

Fakulti Pendidikan mengucapkan TAHNIAH kepada Dr. Mohd Mahzan Awang atas kejayaan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah darui Universiti Dundee, UK. Semoga kejayaan ini akan memberi semangat dan dorongan kepada Dr. Mahzan untuk terus cemerlang menabur bakti kepada Fakulti dan UKM.

Lagi


                              

Last Updated on Thursday, 20 June 2013 13:05
 

BORANG KAKITANGAN

Lagi...

BORANG PELAJAR

Lagi...