FAQ : PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI PENDIDIKAN |
1. Apakah program prasiswazah yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan? |
|
|
| Jawapan :Program prasiswazah yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan adalah seperti berikut |
- Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
- Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Sukan & Rekreasi)
- Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (TESL)
- Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Kimia/Fizik/Biologi/Matematik)
- Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Islam)
- Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Al Quran)
-
Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Pengurusan Pendidikan )
|
| 2. Berapa lamakah tempoh pengajian program prasiswazah di Fakulti Pendidikan? |
Jawapan: Pelajar mesti mengikuti kursus Ijazah Sarjanamuda tidak kurang daripada tujuh semester dan tidak lebih daripada dua belas semester dikria dari tarikh pendaftaran pertama untuk emndapatkan ijazah Sarjanamuda.
|
| 3. Apakah syarat kemasukan? |
Jawapan: Syarat-syarat kemasukan terbahagi kepada beberapa kategori meliputi: Calon-calon lepasan matrikulasi
- Lulus SPM dengan kepujian dalam bahasa Melayu dan
- Lulus matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/UiTM/Asasi Undang-undang UiTM dengan PNGK 2.00
- Sekurang-kurangnya Tahap 1 MUET
- Lulus Ujian Medsi dan temuduga
|
Calon-calon lepasan Diploma/Setaraf
- Diploma dalam bidang yang dipohon dari IPT yang diiktiraf dan sekurang-kurangnya PNGK 3.00
- Lulus Ujian Medsi dan temuduga
|
Calon-calon lepasan STPM
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00)/Gred E (STPM sebelum 2002) dalam mana-mana dua mata pelajaran*
|
Calon-calon Saluran kedua - Memenuhi syarat am universiti serta keperluan khas program atau
- Diploma dari institusi yang diiktiraf atau
- Sijil Perguruan Ass dan sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman mengajar
- Lulus ujian/temuduga yang ditetapkan
|
Calon-calon bukan warganegara
- Diploma dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 atau
- Kelulusan A-level atau kelulusan yang setaraf yang diiktiraf
- Bagi calon dari Indonesia: Lulus Ujian Akhir Nasional (UAN) dengan sekurang-kirangnya Gred 8.0 atau keputusan akhir Pendidikan menengah Atas dengan sekurang-kurangnya gred 8.5
- Bagi program Tesl; lulus ujian kemahiran Bahasa Inggeris, Lulus temuduga dan mendapat sekurang-kurangnya 4 dalam MUET
|
5.Bolehkah saya memohon belajar separuh masa di Fakulti Pendidikan? Jawapan: Tidak. Buat masa ini semua program pengajian prasiswazah dijalankan sepenuh masa
|
6. Adakah Fakulti Pendidikan menawarkan program jarak jauh? Jawapan: Tidak, buat masa ini Fakulti Pendidikan tidak menawarkan sebarang program pendidikan dalam bentuk jarak jauh |
7. Bagaimanakah saya memohon masuk ke Fakulti Pendidikan?
Jawapan: Kemasukan ke Fakulti adalah melalui beberapa saluran seperti berikut:
- Saluran pertama
- Saluran kedua
- Saluran untuk bukan warganegara
- Sila rujuk www.ukm.my bahagian kemasukan
|
8. Apakah kemudaha n yang disediakan di Fakulti Pendidikan?
Jawapan: Terdapat banyak kemudahan disediakan di fakulti untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar: - Makmal Komputer: Fakulti Pendidikan mempunyai lima buah makmal komputer untuk kegunaan para pelajar. Semua pelajar boleh menggunakan makmal komputer tersebut tertaklok tiada kelas dijalankan di makmal tersebut.
- Pusat Sumber Fakulti Pendidikan: Pusat Sumber Fakulti Pendidikan (PSFP) menyimpan tesis-tesis dan kertas ilmiah yang dihasilkan oleh pelajar PhD, sarjana dan prasiswazah dari tahun 1980 hingga kini, serta bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Hanya pelajar yang mempunyai kad pelajar sahaja dibenarkan memasuki pusat sumber pada masa perkhidmatan. Tempoh masa perkhidmatan bagi PSFP adalah antara jam 8 pagi sehingga 5 petang.
- Pusat Akses Kendiri: Fakulti mempunyai sebuah Pusat Pembelajaran Kendiri (Self-Access Centre) diterajui oleh Penyelaras Program TESL dengan dibantu oleh seorang kakitangan sokongan. Pusat ini mempunyai 22 buah komputer serta bahan-bahan bacaan yang berkaitan pendidikan.
-
Ruang-ruang pembelajaran (Gazebo): Terdapat banyak ruang pembelajaran disediakan di sekitar fakulti untuk kegunaan pelajar termasuklah Gazebo-gazebo yang boleh digunakan sebagai tempat perbincangan kumpulan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar
|
9. Apakah persatuan pelajar untuk pelajar program prasiswazah yang terdapat di Fakulti Pendidikan?
Jawapan : Semua pelajar prasiswazah Fakulti Pendidikan secara automatik adalah ahli kepada PENDIDIK iaitu persatuan mahasiswa Fakulti Pendidikan. pelajar-pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PENDIDIk yang juga merupakan salah satu wadah untuk pelajar menyuarakan pandangan mereka untuk penambahbaikan program juga kebajikan pelajar. |
10. Adakah bantuan kewangan diberikan kepada pelajar?
Jawapan : Pelajar yang memerlukan bantuan kewangan perlu berhubung dengan Jabatan perkhidmatan pelajar. |
11. Bagaimana cara memohon dan bilakah tarikh tutup permohonan perlu di hantar.
Jawapan : Saudara boleh memohon melalui borang yang ditetapkan dan dihantar ke Dekan Pusat Pengajian Siswazah yang boleh dicapai di http://www.ukm.my/pps Permohonan saudara nanti akan dipanjangkan ke Fakulti Pendidikan untuk proses pemilihan oleh jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada pemsyarah-pensyarah bidang yang dipohon.
Kemasukan calon Sarjana adalah pada tiap2 semester tahun akademik (Feb & Sept) dan permohonan hendaklah dibuat tidak lewat daripada 3 bulan sebelum permulaan semester tersebut. Bagi permohonan sesi terdekat ini, tarikh tamat permohonan telah dilanjutkan sehingga 15 Jun 2012. |