|
Latar Belakang Fakulti
Fakulti Pendidikan (FPEND) bermula sebagai Jabatan Pendidikan di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada tahun 1972. Jabatan ini telah dinaiktaraf kepada Fakulti Pendidikan pada 16 Oktober 1986. Fakulti Pendidikan ketika ini beroperasi di Lingkungan Kedua, Kampus Induk Bangi. Fakulti Pendidikan ditunjangi oleh Jabatan Asas Pendidikan dan Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan bagi mengendalikan kursus-kursus di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah.
Bilangan staf akademik di fakulti sehingga Ogos 2011 ialah seramai 94 orang. Mereka terdiri daripada 2 Profesor Adjung, 1 Felo Utama, 11 Profesor, 21 Profesor Madya, 26 Pensyarah Kanan, 10 Pensyarah, 22 Pensyarah Sementara, 3 Tutor dan 2 Guru.
Pentadbiran Fakulti di sokong oleh 44 staf bukan akademik yang terdiri daripada 1 Penolong Pendaftar Kanan,1 Penolong Pendaftar , 1 Pegawai Penyelidik Sosial, 1 Pembantu Tadbir (P/O) Kanan, 1 Pembantu Tadbir (S) Kanan, 5 Pembantu Tadbir ( P/O), 3 Pembantu Tadbir (S), 2 Pembantu Tadbir Kanan, 8 Pembantu Tadbir Rendah, 4 Juruteknik Komputer, 3 Juruteknik, 4 Pembantu Makmal, 1 Pembantu Am Pejabat Kanan dan 4 Pembantu Am Pejabat. Visi / Wawasan Fakulti
Fakulti Pendidikan Peneraju Pendidikan Berkualiti
Misi Fakulti
Memartabatkan profesion pendidikan dengan melahirkan pendidikan yang berketerampilan, berasaskan budaya ilmu, teknologi, dan etika kerja berkualiti kerana Allah dan manusia sejagat
|