Bengkel Open Learning & Camtasia

cam
Bengkel ini pada asasnya disasarkan kepada para pembangun MOOC fakulti namun demikian, saya ingin juga membuka ruang kepada semua pensyarah lain yang berminat untuk turut sama menghadiri bengkel ini.
Melalui bengkel ini, beberapa faedah akan diperolehi:
1. Pendedahan kepada penggunaan Open Learning iaitu platform untuk kursus secara MOOC (para pensyarah yang belum berkesempatan melaksanakan kursus MOOC akan mendapat gambaran lebih jelas tentang bagaimana Open Learning berfungsi).
2. Penggunaan perisian Camtasia Studio 8 iaitu salah satu perisian untuk fungsi ‘screencast’ yang sangat fleksible dan mudah digunakan.
3. Setiap peserta juga akan dibekalkan dengan lesen Camtasia secara percuma. Oleh itu, jika sekiranya YBhg. Prof./Dato’/Tuan/Puan/Cik berminat untuk mendapatkan lesen tersebut bolehlah membawa komputer riba masing-masing pada hari bengkel dijalankan. Namun demikian, YBhg. Prof./Dato’/Tuan/Puan/Cik diminta untuk memuatturun perisian ini terlebih dahulu pada komputer riba masing-masing untuk menjimatkan masa. Link untuk muatturun adalah seperti berikut:
Diharap agar bengkel ini dapat memberi manfaat dalam urusan pengajaran dan
pembelajaran selari dengan kemahiran abad ke 21.