Majlis Persaraan Dr Safani Bari

UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH
– DR. SAFANI BARI 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat Jabatan Pendaftar bertarikh 15 Januari 2016.
Saya bagi pihak Jabatan Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti ingin merakamkan ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada Dr.Safani Bari atas perkhidmatan dan kerjasama, sepanjang berada di Jabatan Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti khususnya dan Fakulti amnya.
Segala jasa dan bakti tuan dalam Jabatan dan Fakulti amatlah dihargai.  Hubungan silaturahim dan ukhwah yang terjalin pasti akan terus diingati dan kekal abadi.  Semoga, perjalanan tuan selepas ini mampu memberikan kedamaian, kebahagian dan kejayaan dalam apa jua yang dilaksanakan.
****
Seribu hari lebih terjejaki
ada banyak senyum tercipta
di antara riang siang
di antara tawa bersama
Di sini …
Tempat berkumpulnya pejuang pendidik
untuk mengapai segala jasa dan rasa
demi masa depan anak bangsa
Disini kita
bercanda, tertawa bersama
mengunkai kisah bahagia
seakan ini ..
tak akan pernah berakhir
demi pendidikan sebuah negara
Disini..
tempat berteduhnya patriot pendidik
tempat menuang segala cita
Setelah lama meredah hari mengusung mimpi
berat terasa kami lepaskan
kini saatnya berjalan sendiri
melangkah mengikut takdir yg digaris
dalam ruang waktu yang berbeda
demi hari yang berharga
Perpisahan bukanlah kehilangan
hanya batas tipis antara kisah dan kenangan..
semoga perjuangan tidak berakhir disini..
SELAMAT MAJU JAYA….
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
PROF. MADYA DR. SALLEH AMAT
Ketua
Jabatan Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti
Fakulti Pendidikan