Majlis Serah Tugas Dekan Prof Dr Norazah Mohd Nordin

YBhg. Prof./ Dato’ / Tuan/ Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dr. Norizah @ Norazah Mohd Nordin telah dilantik sebagai Dekan Fakulti Pendidikan yang baharu mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2018.

 

Sehubungan itu, saya mengalu-alukan pelantikan YBhg. Prof. Dr. Norazah sebagai Dekan yang baharu dan semoga Prof. Dr. Norazah akan terus menerajui kecemerlangan Fakulti Pendidikan.

 

Sekian, terima kasih.

Prof. Dr. Lilia Halim