Makluman kepada pelajar Fakulti Pendidikan

CIMB Young ASEAN Leaders (CYAL)

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UKM) bakal menganjurkan sebuah program program Pemimpin Belia ASEAN CIMB (CIMB Young ASEAN Leaders – CYAL) 2016 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 10-12 Oktober 2016. Tema CYAL 2016 adalah berkaitan pengurusan risiko bencana (Disaster Risk Reduction – DDR) yang akan dilaksanakan dengan kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan pihak CIMB.

Peserta yang terlibat akan bekerja dalam kumpulan untuk menghasilkan video yang berkaitan DDR. Video yang terpilih akan berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa dan akan ditayangkan pada majlis penutup, 12 Oktober 2016.
• Terbuka kepada semua pelajar-pelajar warganegara ASEAN seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Laos, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
• Sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan berumur 18 hingga 30 tahun dengan sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.0 atau yang setaraf, mendaftar di salah sebuah universiti negara ASEAN
• Fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam bentuk penulisan dan percakapan.
• Pemohon sedang atau telah terlibat dengan projek komuniti yang berkaitan Pengurusan Risiko Bencana (DDR)
Tempat adalah terhad kepada 50 belia ASEAN.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Julai 2016. Untuk sebarang pertanyaan dan penyertaan, sila hubungi En. Nik Luqman Wan Zainoddin di sambungan 4200 atau emel: cyalukm@gmail.com atau nikluqmanwz@ukm.edu.my

Poster.png.

Tarikh Acara : Mula: 10/10/2016 Tamat: 12/10/2016
Masa Acara : Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Tempat : Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh Tutup Penyertaan : 09/07/2016
Penganjur / Penganjur Bersama : PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Url : https://cyalukm.wordpress.com/