Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)-UKM

Pusat Pembangunan Karier (UKM-KARIER) dengan kerjasama BriTay Asia (M) Sdn. Bhd. akan menganjurkan satu program iaitu Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) tajaan  Khazanah Nasional Berhad. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan UKM

Sehubungan itu, mohon jasa baik Y.Bhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghebahkan program ini kepada alumni UKM yang masih belum bekerja.  Bersama dengan ini dilampirkan poster, syarat dan borang permohonan program ini untuk tindakan lanjut Y.Bhg. Prof./Dr./Tuan/Puan.

Program ini terbuka kepada semua pemegang Ijazah (pelbagai bidang) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA sahaja. Calon yang berjaya diterima dalam program ini akan menjalani latihan pengurusan sebagai persediaan sebelum memasuki dunia kerjaya mereka. Setelah tamat menjalani latihan pengurusan selama 1 bulan, calon tersebut akan ditempatkan dalam syarikat yang berkaitan yang telah dilantik dalam program.

Calon hendaklah memenuhi kriteria ini bagi menyertai program ini. Kriteria tersebut adalah seperti berikut

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf
  2. Tidak bekerja selama 6 Bulan dari tarikh peperiksaan akhir Universiti
  3. Mempunyai minat yang tinggi untuk bekerja

Di samping itu, graduan yang menyertai program ini akan menikmati faedah-faedah berikut:

  1. Percuma satu bulan latihan soft skills
  2. Kursus-kursus Pengurusan tambahan PERCUMA
  3. Makanan dan minuman percuma akan disediakan *
  4. Perlindungan insurans Takaful PERCUMA

*Hanya disediakan sepanjang latihan softskills (1 bulan)

Kepada yang berminat boleh mengisi borang yang dilampirkan bersama resume yang terkini. Semua permohonan hendaklah diemailkan kepada ukm-karier@ukm.edu.my selewat-lewatnya sebelum atau pada 27 Julai 2016 (Rabu). Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga Sekiranya tiada sebarang pemakluman dalam masa 6 bulan, permohonan anda adalah tidak Berjaya.

01 Poster SL1M
 ukm-karier