Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)

Matlamat Program

Program Sarjanamuda Pendidikan Khas  adalah satu program yang diwujudkan untuk membentuk tenaga manusia yang profesional dalam bidang pendidikan khas.  Matlamat umum program ini adalah untuk menyediakan tenaga professional seperti guru, pensyarah, dan pentadbir yang cekap dalam bidang pendidikan khas  bagi menjalankan tugas di institutsi pengajian, agensi-agensi pendidikan, sektor awam dan sektor swasta.


Objektif 

  • Mewujudkan pendidik terlatih dan berkesan dalam pendidikan khas di peringkat ijazah sarjana muda.
  • Mewujudkan pendidik pendidikan khas yang mempunyai kecekapan, pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk pendidikan dan pemulihan mengikut setting yang berbagai.
  • Mewujudkan pendidik yang cekap menjalankan penaksiran dan penilaian kebolehan pembelajaran individu, menyediakan rancangan pembelajaran individu berdasarkan penaksiran serta melaksanakan pengajaran pemulihan yang berkesan.
  • Mempunyai pengetahuan dan kecekapan untuk mengajar beberapa kategori individu berkeperluan khas berdasarkan kebolehan kefungsian dalam kemahiran-kemahiran asas dan dalam pada masa yang sama mempunyai pengkhususan dalam salah satu bidang kecacatan atau keistimewaan.
  • Menyediakan pendidik yang bukan sahaja mengkhusus dalam kaedah pengajaran khas tetapi mampu mengajar satu mata pelajaran lain mengikut disiplin pilihan mereka.
  • Menyediakan pendidik yang berperanan sebagai pembela kepada individu berkeperluan khas dan keluarga mereka serta kakitangan lain yang terlibat dalam pendidikan khas individu tersebut.
  • Mewujudkan pendidik pendidikan khas yang fasih dalam isu-isu yang relevan, aliran-aliran dalam amalan, penyelidikan, keperluan dan sumber dalam bidang pendidikan individu berkeperluan khas.

Hasilan Pembelajaran Program (HPP)

HPP1:   Menguasai dan mengintegrasi ilmu asas dan ilmu perkaedahan dalam bidang pendidikan khas
HPP2:   Mengendalikan pengajaran dengan cekap dan berkesan menurut kepelbagaian keperluan pembelajaran.
HPP3:   Berkebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan mampu menyelesaikan masalah berpandukan hikmah.
HPP4:   Berkeupayaan berkomunikasi dan memimpin serta bekerjasama dalam pasukan
HPP5:   Berkemahiran mengurus, mengintegrasi maklumat dan mengamalkan  pembelajaran berterusan
HPP6:   Mengamalkan sikap, nilai, tanggung jawab serta etika dalam profesionalisme keguruan
HPP7:  Melaksanakan tanggung jawab advokasi bersesuaian dengan keperluan khas individu
HPP8:  Membudayakan pengetahuan, sikap, kemahiran  vokasional dan keusahawanan


Kursus Wajib Major (Kod & Nama Kursus)

  1. GGGB1033 Perkembangan dan Ciri-ciri Kanak-kanak Khas
  2. GGGB1043 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi
  3. GGGB1053 Pengenalan kepada Pendidikan Khas
  4. GGGB2123 Pengurusan Tingkah Laku
  5. GGGB2223 Falsafah dan Isu dalam Pendidikan Khas
  6. GGGE2174 Program Pemulihan dalam Komuniti
  7. GGGE2033 Penaksiran, Kurikulum dan Strategi Pengajaran dalam Pendidikan Khas
  8. GGGB3053 Kemahiran antara Perseorangan, Kaunseling dan Perundingan
  9. GGGB3073 Pemerhatian Klinikal antara Disiplin
  10. GGGE3173 Pendidikan Jasmani Suaian
  11. GGGC3233 Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Khas
  12. GGGB4243 Tekanan, Sokongan dan Pengajaran
  13. GGGD4143 Penaksiran dan Latihan Vokasional

Kursus Wajib Jabatan

Kursus Wajib Jabatan adalah kursus yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan untuk  diambil oleh pelajar sebagai kursus yang boleh menjadi kursus Wajib Jabatan bagi  pelajar-pelajar. Kursus tersebut boleh dipilih dari Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti  Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Pengajian Islam atau Fakulti Sains Sosial dan  Kemasyarakatan. Kursus yang ditetapkan adalah kursus yang berkaitan dengan mata  pelajaran di sekolah menengah untuk membolehkan lulusan program ini mengajar  satu mata pelajaran yang berkenaan sebagai kaedah kedua. Pemilihan kursus tersebut
haruslah mendapat persetujuan daripada Fakulti. Jumlah unit kursus Wajib Jabatan adalah 18 unit.


Kursus Elektif (Kod & Nama Kursus)

Jumlah unit kursus elektif yang perlu diambil adalah 26 unit. Pelajar-pelajar perlu mengambil 26 unit ini dari kursus Fakulti. Jika pelajar mendapat pengecualian kursus pengkhususan, pelajar-pelajar boleh mengambil kursus dari luar Fakulti. Kursus elektif yang boleh diambil dari Fakulti adalah seperti berikut:

  1. GGGB2015 Perkembangan Dan Ciri kanak-kanak Masalah Pendengaran
  2. GGGB2025 Penaksiran Dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Masalah Pendengaran
  3. GGGB3015 Kurikulum Khas, Pembinaan Modul dan Bahan Pengajaran Kanak-Kanak Masalah Pendengaran ATAU GGGB2055 Perkembangan Dan Ciri Kanak-kanak Masalah Pembelajaran
  4. GGGB2065 Penaksiran Dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Masalah Pembelajaran
  5. GGGB3055 Kurikulum Khas, Pembinaan Modul Dan Bahan Pengajaran Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran, ATAU GGGB2035 Perkembangan Dan Kanak-kanak Masalah Penglihatan
  6. GGGB2045 Penaksiran Dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Masalah Penglihatan
  7. GGGB3035 Kurikulum khas, Pembinaan Modul Dan Bahan Pengajaran Kanak-kanak Masalah Penglihatan ATAU GGGB2075 Perkembangan dan Ciri Kanak-kanak Pemulihan
    GGGB2085 Penaksiran Dan Strategi Pengajaran Pemulihan
  8. GGGB3075 Kurikulum khas, Pembinaan Modul Dan Bahan Pengajaran Pemulihan, ATAU GGGB2095 Perkembangan dan Ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas Berbakat
  9. GGGB2125 Penaksiran dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Pintar Cerdas Berbakat
  10. GGGB3095 Kurikulum Khas, Pembinaan Modul dan Bahan Pengajaran Kanak-kanak Pintar Cerdas Berbakat ATAU GGGE2074 Pengajaran Penulisan Braille (wajib untuk pengkhususan masalah penglihatan)
  11. GGGE2044 Bahasa Isyarat (wajib untuk pengkhususan masalah pendengaran)
  12. GGGE3454 Rekreasi dalam Komuniti (wajib untuk pengkhususan masalah pembelajaran)
  13. GGGE2054 Kreativiti dan Kemahiran Kraf tangan
  14. GGGU3123 Pengenalan dan Pembangunan Keusahawanan (elektif wajib)

Maklumat Lanjut sila Klik