Program Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Sukan dan Rekreasi)

Matlamat Program

Program Sarjanamuda Pendidikan dengan kepujian (Sukan dan Rekreasi) adalah satu program yang diwujudkan untuk membentuk tenaga manusia yang profesional dalam bidang Sukan dan Rekreasi.  Matlamat umum program ini adalah untuk menyediakan tenaga profesional seperti guru, pensyarah, jurulatih dan pentadbir yang cekap dalam bidang Sukan dan Rekreasi bagi menjalankan tugas di institusi pengajian, agensi-agensi pendidikan, sektor awam dan sektor swasta.


Objektif Program

  • Graduan yang kompeten serta mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dan mantap dalam bidang pendidikan sukan dan rekreasi.
  • Graduan yang berdaya saing serta mampu menangani masalah berkaitan pendidikan sukan dan rekreasi.
  • Graduan yang berkebolehan untuk menjadikan pengetahuan pendidikan sukan dan rekreasi sebagai satu keperluan sepanjang hayat
  • Graduan yang menguasai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan semua pihak yang berkepentingan.
  • Graduan yang bertanggung jawab untuk meningkatkan pengetahuan tentang sukan dan rekreasi kepada masyarakat umum.
  • Graduan yang mempunyai sikap yang profesional serta beretika tinggi dalam memenuhi tanggungjawab kepada Tuhan dan masyarakat.
  • Graduan yang mampu merancang, mengurus dan mengendalikan program serta prasarana sukan dan rekreasi.
  • Graduan yang mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bidang sukan dan rekreasi dalam merancang, melaksanakan dan menguruskan aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan/latihan
  • Graduan yang mampu menggunakan kemahiran ICT dalam perancangan, perlaksanaan serta pengurusan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi
  • Graduan yang holistik serta berpandangan global dan membentuk perkembangan fizikal, emosi, rohani dan intelek bakal-bakal klien mereka.

Hasil Pembelajaran Program (HPP)

HPP1: Menguasai dan mengintegrasi ilmu asas dan ilmu khusus dalam bidang pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi
HPP2: Menguasai dan mengaplikasi kemahiran psikomotor dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi
HPP3: Berkebolehan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta mampu menyelesaikan masalah dengan bijaksana dalam situasi yang pelbagai
HPP4: Berkeupayaan berkomunikasi dan berfungsi sebagai pemimpin dan ahli yang berkesan dalam pasukan
HPP5: Berkemahiran mengurus dan mengintegrasi maklumat dalam pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi ke arah amalan gaya hidup yang sihat
HPP6: Mengamalkan sikap, nilai, tanggungjawab serta etika profesional dalam bidang kepimpinan sukan
HPP7: Melaksanakan tanggungjawab sosial bagi melahirkan modal insan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
HPP8: Menguasai kemahiran keusahawanan berasaskan bidang pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi


Kursus Wajib Major (Kod & Nama Kursus)

  1. GGGB1073 Asas Saintifik Kegiatan Manusia
  2. GGGF1113 Anatomi dan Fisiologi Latihan
  3. GGGC1225 Perancangan dan Pengurusan dalam Sukan dan Rekreasi
  4. GGGF1233 Sukan dan Masyarakat
  5. GGGF2113 Kinesiologi
  6. GGGB2154 Kecergasan Fizikal
  7. GGGF2395 Kem Kepimpinan Sukan dan Rekreasi
  8. GGGF3113 Aktiviti Fizikal Suaian
  9. GGGE3274 Kaedah Pendidikan Jasmani
  10. GGGC3053 Prosedur Pengurusan Pertandingan
  11. GGGF4113 Latihan Mental
  12. GGGF4124 Peralatan dan Kemudahan Sukan dan Rekreasi
  13. GGGF4214 Kecederaan Sukan
  14. GGGF4245 Pendidikan Luar dan Rekreasi

Kursus Wajib Jabatan (Kod & Nama Kursus)

  1. GGGF1154 Kejurulatihan Sukan
  2. GGGB1254 Penguasaan Kemahiran Sukan
  3. GGGF2154 Latihan Profesional Permainan Gelanggang
  4. GGGF2254 Latihan Profesional Permainan Padang
  5. GGGF3013 Pemakanan dan Amalannya dalam Sukan
  6. GGGC4023 Etika dan Perundangan dalam Sukan dan Rekreasi

Kursus Elektif (Kod & Nama Kursus)

Jumlah unit kursus elektif yang perlu diambil adalah 12 unit. Pelajar-pelajar perlu mengambil 3 unit kursus Fakulti dan 9 unit kursus luar fakulti. Kursus elektif Fakulti Pendidikan yang perlu diambil ialah:

GGGU3123 Pendidikan Pengenalan dan Pembangunan Usahawan

Maklumat Lanjut sila Klik