Program Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua-TESL)

Matlamat Program

Matlamat dan hasil pembelajaran mengambil kira pihak berkepentingan seperti pelajar, perwakilan pelajar, rakan kesepakaran, guru, alumnui, pegawai perkhidmatan pendidikan dan pelawat dari dalam dan luar negara. Program Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) juga jelas menyokong matlamat UKM secara umum dan Fakulti Pendidikan UKM secara khususnya. Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar bagi kursus-kursus TESL manakala bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar bagi beberapa kursus asas. Begitu juga program ini menyokong usaha untuk melahirkan graduan yang berakhlak mulia, pendidik yang professional, pemimpin yang cekap dan berfikiran kreatif dan kritis.


Objektif Program

  • Melahirkan graduan yang kompeten yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua serta boleh mengajar opsyen pengajaran Kesusasteraan Bahasa Inggeris.
  • Melahirkan graduan yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dalam Bahasa Inggeris serta mempunyai kemahiran sosial yang cemerlang.
  • Melahirkan graduan yang mempunyai sikap yang profesional serta beretika dalam memenuhi tanggungjawab kepada Tuhan dan masyarakat.
  • Melahiran graduan yang mempunyai kemahiran pedagogi, kemahiran ICT, KBKK, serta mampu menjalankan penilaian dan penyelidikan sebagai budaya pembelajaran sepanjang hayat.
  • Melahirkan graduan yang mampu bersaing dalam dunia global.

Hasil Pembelajaran Program (HPP)

HPP1: Menguasai dan mengintegrasi ilmu kaedah pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua.
HPP2: Berkemahiran mengaplikasi kemahiran pengajaran Bahasa Inggeris dengan cekap
HPP3: Berkebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan mampu meyelesaikan masalah berpandukan hikmah
HPP4: Berkeupayaan berkomunikasi dengan berkesan dalam Bahasa Inggeris dan berfungsi sebagai pemimpin dan ahli yang berkesan dalam pasukan.
HPP5 Berkemahiran menguruskan dan mengintegrasi maklumat dalam pengajaran Bahasa Inggeris serta amalan pembelajaran berterusan
HPP6: Mengamalkan sikap, nilai tanggungjawab serta etika yang profesionalisme keguruan
HPP7: Melaksanakan tanggungjawab sosial dalam masyarakat bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
HPP8: Membudayakan sikap, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan

Kursus Wajib Major (Kod & Nama Kursus)

  1. SKBE1003 Foundation English
  2. GGGV1244 Learner Strategies
  3. SKBE1023 Structures in Context
  4. SKBP1013 Pengantar Pengajian Bahasa dan Linguistik
  5. SKVB2013 English Phonetics and Phonology
  6. GGGV2084 Psycholinguistics in Language Teaching
  7. GGGV2124 Teaching of Speaking and Listening Skills in an ESL Context
  8. GGGV2044 Methods in TESL
  9. GGGV3224 Teaching of Reading Skills in an ESL Context
  10. SKVB3013 English Morphology, Syntax and Semantics
  11. GGGV3174 Sociolinguistics in Language Teaching
  12. GGGV3324 Teaching Writing Skills in an ESL Context
  13. SKVB4013 Discourse and Pragmatics
  14. SKVB4023 Practical Contrastive and Error Analysis

Kursus Wajib Jabatan (Kod & Nama Kursus)

  1. SKBS1023 Critical Appreciation
  2. SKBS3213 Literature in An ESL Situation
  3. SKBS2073 Malaysia in Narration
  4. SKBS2213 Selected Literary Works
  5. SKBS2243 Drama in School
  6. SKBS3113 Worlds in Contact
  7. SKVB4033 Teaching of Literature in English

Kursus Elektif (Kod & Nama Kursus)

Jumlah unit kursus elektif yang perlu diambil adalah 15 unit. Pelajar-pelajar perlu mengambil 9 unit kursus Fakulti dan 6 unit mana-mana kursus dari luar Fakulti.

  1. GGGV1023 Bahasa Melayu Proficiency in Education
  2. GGGV3033 Physical Education Organization of Sports
  3. GGGU3123 Pendidikan Pengenalan dan Pembangunan Usahawan

Maklumat Lanjut sila Klik