Maklumat Umum Program Doktor Falsafah

Dr Fariza Khalid
Ketua Program Siswazah (Doktor Falsafah)
03-8921-6245
fariza.khalid@ukm.edu.my

 

 

 


Hasilan Pembelajaran Program (HPP) (Doktor Falsafah):
HPP1:  Mempamerkan pemahaman yang bersistematik berkenaan teori dan amalan displin pendidikan secara menyeluruh dan penguasaan kemahirankemahiran penyelidikan relevan kepada bidang pengkhususan.
HPP2: Mempamerkan kebolehan untuk menjana, merekabentuk, melaksana dan mengamalkan bahagian-bahagian yang penting dalam proses penyelidikan secara akademik dan bersesuaian dengan tempoh masa.
HPP3: Menyumbang secara inovatif kepada penyelidikan asal yang meluaskan sempadan pengetahuan melalui disertai yang mendalam, yang dibentangkan berlandaskan standard yang ditetapkan.
HPP4: Membuat analisis kritikal, penilaian dan sintesis idea-idea yang baru dan kompleks.
HPP5: Secara berkesan untuk mempromosi kemajuan teknologi, sosial dan budaya melalui bengkel, pembentangan seminar dan penerbitan berwasit.
HPP6: Mempamerkan displin, nilai-nilai murni universal dan etika dalam proses menyempurnakan pengajian doktor falsafah.


Program Doktor Falsafah
Pengenalan Program ini dijalankan secara penulisan tesis sahaja.  Sepanjang tempoh pengajian, calon akan dibimbing oleh tenaga pengajar Fakulti, iaitu sama ada selaku Penyelia, Penyelia Bersama atau ahli  dalam Jawatankuasa Penyeliaan Siswazah.
Pengkhususanpengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Kurikulum dan Pedagogi
2. Pendidikan Bahasa Melayu
3. Pendidikan Islam
4. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
5. Pendidikan Matematik
6.  Pendidikan Komputer
7. Pendidikan Sains
8. Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
9. Pengukuran dan Penilaian
10. Pengurusan Sukan
11. Pentadbiran Pendidikan
12. Psikologi Pendidikan
13. Psikologi Sosial dalam Pendidikan
14. Sosiologi Pendidikan
15. Pendidikan Bahasa Arab
16. Pendidikan Ekonomi
17. Pendidikan Sastera
18. Pendidikan Sejarah
19.  Sumber dan Teknologi Maklumat
20.  Bimbingan dan Kaunseling
21. Pendidikan Prasekolah
22. Pendidikan Khas
23.  Pendidikan Teknik dan Vokasional
24.  Pendidikan Dewasa dan Perkembangan Profesional