Maklumat Umum Program Sarjana Pendidikan
Pengenalan
Dalam program Sarjana Pendidikan terdapat beberapa pengkhususan yang boleh diikuti oleh calon tertakluk kepada syarat-syarat penerimaan masuk. Pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Kurikulum dan Pedagogi
2. Pendidikan Bahasa Melayu
3. Pendidikan Islam
4. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
5. Pendidikan Matematik
6. Pendidikan Komputer
7. Pendidikan Sains
8. Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
9. Pengukuran dan Penilaian
10. Pengurusan Sukan
11. Pentadbiran Pendidikan
12. Psikologi Pendidikan
13. Psikologi Sosial dalam Pendidikan
14. Sosiologi Pendidikan
15. Pendidikan Bahasa Arab
16. Pendidikan Ekonomi
17. Pendidikan Sastera
18. Pendidikan Sejarah
19. Sumber dan Teknologi Maklumat
20. Bimbingan dan Kaunseling
21. Bimbingan dan Kaunseling (Program Profesional)
22. Pendidikan Prasekolah
23. Pendidikan Khas
Mod Program Sarjana Pendidikan
Program sarjana pendidikan menawarkan 3 Program pengajaran yang boleh dipilih oleh calon seperti berikut :
Mod A: Penyelidikan sahaja, calon menghasilkan tesis sahaja.
Mod B: Kerja Kursus dan Penyelidikan / Praktikum (40 unit)
a. Kerja Kursus (28 unit):
i. 5 Kursus Teras Fakulti (13 unit)
ii. 5 Kursus Pengkhususan (15 unit)
b. Tesis (12 unit) atau Praktikum (12 unit)
* Pelajar dalam bidang pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling atau Sumber dan Teknologi Maklumat dikehendaki menjalani Praktikum
Mod C: Kerja Kursus Sahaja(40 unit)
a. Kerja Kursus (34 unit):
i. 5 Kursus Teras Fakulti (13 unit)
ii. 5 Kursus Pengkhususan (15 unit)
iii. 2 Kursus Pilihan (6 unit)
b. Projek Penyelidikan (6 unit)
i. Kertas Projek I (3 unit)
ii. Kertas Projek II (3 unit)
Kursus Teras Fakulti (13 unit)
GGGB6012 Penulisan Akademik I
GGGB6022 Penulisan Akademik II
GGGB6013 Kaedah Penyelidikan I
GGGB6023 Kaedah Penyelidikan II
GGGC6033 Isu-isu Pendidikan di Malaysia
iii. Kursus Pengkhususan (15 unit)
Nota:
- Kursus Pengkhususan terdapat dalam pengkhususan yang dipilih berdasarkan bidang pengkhususan pelajar berkenaan dan bilangan unit bergantung kepada jenis mod program yang dipilih.
- Kursus Pilihan terdapat dalam pengkhususan yang dipilih daripada mana-mana bidang pengkhususan.
- Pelajar dalam bidang pengkhususan bimbingan dan kaunseling dikehendaki menjalani 6 unit latihan praktikum
Maklumat Lanjut sila hubungi
Encik Mohd Anwar Sulong (Pegawai Tadbir)
03-8921-6297
anwars@ukm.edu.my