Program Sarjana Muda Pendidikan

PENDIDIKAN KHAS

Program Sarjanamuda Pendidikan Khas  adalah satu program yang diwujudkan untuk membentuk tenaga manusia yang profesional dalam bidang pendidikan khas.  Matlamat umum program ini adalah untuk menyediakan tenaga professional seperti guru, pensyarah, dan pentadbir yang cekap dalam bidang pendidikan khas  bagi menjalankan tugas di institutsi pengajian, agensi-agensi pendidikan, sektor awam dan sektor swasta.

PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)

Matlamat dan hasil pembelajaran mengambil kira pihak berkepentingan seperti pelajar, perwakilan pelajar, rakan kesepakaran, guru, alumnui, pegawai perkhidmatan pendidikan dan pelawat dari dalam dan luar negara. Program Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) juga jelas menyokong matlamat UKM secara umum dan Fakulti Pendidikan UKM secara khususnya. Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar bagi kursus-kursus TESL manakala bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar bagi beberapa kursus asas. Begitu juga program ini menyokong usaha untuk melahirkan graduan yang berakhlak mulia, pendidik yang professional, pemimpin yang cekap dan berfikiran kreatif dan kritis.

PENDIDIKAN SUKAN & REKREASI

Program Sarjanamuda Pendidikan dengan kepujian (Sukan dan Rekreasi) adalah satu program yang diwujudkan untuk membentuk tenaga manusia yang profesional dalam bidang Sukan dan Rekreasi.  Matlamat umum program ini adalah untuk menyediakan tenaga profesional seperti guru, pensyarah, jurulatih dan pentadbir yang cekap dalam bidang Sukan dan Rekreasi bagi menjalankan tugas di institusi pengajian, agensi-agensi pendidikan, sektor awam dan sektor swasta.

Pengenalan

Program prasiswazah yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan adalah seperti berikut :

1. Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
2. Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Sukan dan Rekreasi)
3. Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, TESL)
4. Program Kembar Pra-Perkhidmatan Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (TESL)

Struktur Program

Program Sarjanamuda Pendidikan meliputi komponen-komponen berikut:
1.   Kursus Universiti
2.   Kursus Asas Fakulti Pendidikan
3.   Kursus Wajib Major
4.   Kursus Wajib Jabatan
5.   Kursus Elektif
Isi kandungan program bersifat antara-disiplin dan gabungan teori dan amalan bidang pendidikan. Semua pelajar program Fakulti Pendidikan perlu mengambil kursus Universiti dan kursus Asas Fakulti Pendidikan manakala kursus-kursus Wajib Major dan Wajib Jabatan merupakan kursus-kursus berdasarkan bidang pengkhususan masingmasing. Kursus-kursus Elektif adalah kursus berdasarkan pilihan pelajar dan merupakan kursus- kursus yang ditawarkan sama ada di dalam atau di luar Fakulti Pendidikan

Kursus Universiti

Pelajar perlu mengambil sekurang-kurangnya dua puluh (20) unit kursus Universiti yang terdiri daripada dua belas (12) unit kursus Pusat Pengajian Umum dan lapan (8) unit kursus ko-kurikulum seperti yang ditetapkan oleh Senat seperti berikut:
Sepuluh (10) unit kursus seperti berikut:
ZZZT1054 Pembangunan Diri I
ZZZT1054 Pembangunan Diri II
ZZZT2163 TITAS
ZZZT2173 Hubungan Etnik

Kursus Kokurikulum Berkredit

Kursus Kokurikulum Berkredit Berasaskan Kontrak Pembelajaran Ditawarkan Mulai Sesi Akademik 2012-2013.
Pusat Akreditasi Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia

Tahun 1
HHHC9118 Pembangunan Insaniah (Semester 1)
HHHC9118 Pembangunan Insaniah (Semester II)
HHHC9118 Pembangunan Insaniah (Semester III)


Tahun 2
HHHC9118 Pembangunan Insaniah (Semester I)
HHHC9118 Pembangunan Insaniah (Semester II)
HHHC9118 Pembangunan Insaniah (Semester III)


Tahun 3
HHHC9118 Pembangunan Insaniah (Semester I)
HHHC9118 Pembangunan Insaniah (Semester II)
HHHC9118 Pembangunan Insaniah (Semester III)
• Kursus Kokurikulum Berkredit Berasaskan Kontrak Pembelajaran  ini ditawarkan sepanjang sesi pengajian.
• Pelajar boleh melengkapkan LAPAN (8) kredit (320 jam notional)    sepanjang tempoh pengajian mengikut program pengajian di Fakulti.
• Pelajar digalakkan agar menyelesaikan kursus ini sebelum akhir Tahun 3   supaya tidak mengganggu projek latihan ilmiah/tesis & latihan     industri yang dilaksanakan pada Tahun 4

Kursus Asas Fakulti Pendidikan

Pelajar yang mengikuti Program Sarjanamuda Pendidikan perlu mengambil lima puluh enam (56) unit Kursus Asas Fakulti Pendidikan seperti berikut:
Peringkat/ Kod Kursus/ Nama Kursus
GGGA1123 Profesion Perguruan
GGGB1133 Psikologi Pendidikan
GGGE1155  Komputer dalam Pendidikan
GGGC1033  Pra-praktikum
GGGA2143 Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan
GGGE2113  Kurikulum & Pedagogi
GGGE2153  Teknologi Pendidikan
GGGA3113  Pengukuran & Penilaian dalam Pendidikan
GGGB3223  Kepelbagaian Pelajar & Pembezaan Pengajaran
GGGE3143 Asas Penyelidikan
GGGA3213  Pengurusan Proses Pengajaran & Pembelajaran
GGGE4113  Latihan Ilmiah I
GGGE4123  Latihan Ilmiah II
GGGB4114 Sains Kehidupan dalam Pendidikan
GGD4123  Pembangunan Insan & Kewarganegaraan
GGGE4028  Praktikum & Seminar Pasca-Praktikum

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Disember – Februari setiap tahun.

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Januari setiap tahun.

Pelajar antarabangsa peringkat sarjanamuda yang mengikuti pengajian di UKM adalah biasanya diuruskan dalam program yang disusun khas antara kerajaan. Hanya terdapat 1% tempat dibuka untuk pelajar antarabangsa. Pada masa ini, semua kursus prasiswazah di UKM menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan.

Borang permohonan untuk

warganegarahttp://upu.mohe.gov.my

bukan warganegara dan pelajar antarabangsa (Program dalam Bahasa Melayu) : klik disini

bukan warganegara dan pelajar antarabangsa (Program dalam Bahasa Inggeris) : klik disini

Kelayakan kemasukan untuk pelajar-pelajar bukan warganegara dan antarabangsa: klik disini

Tempoh Pengajian & Yuran

Tempoh Pengajian & Yuran : klik disini

Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan : Klik disini

Ketua Program: Pertanyaan

Ketua Program

Dr. Mohd. Radzani Abdul Razak
Ketua Program Prasiswazah (Sukan & Rekreasi)
03-8921-6254
jingga@ukm.edu.my

 

 

 


Dr Mohd Mokhtar Hj Tahar
Ketua Program Prasiswazah (Pendidikan Khas)
03-8921-6246
mokhtar@ukm.edu.my

 

 


Dr Harwati Hashim
Ketua Program Prasiswazah (TESL)
03-8921-6246
harwati@ukm.edu.my

 

 


Lain-lain pertanyaan sila hubungi:

Pusat Pengurusan Akademik & Pusat Komunikasi Korporat , klik disini