Tema: Pendidikan Bertransformasi dan Berinovasi ke Arah Malaysia Baharu

Pengenalan

Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) diadakan setiap dua tahun sekali. Seminar ini merupakan forum terbuka, yang menyediakan peluang kepada semua pemegang taruh pendidikan berkongsi dapatan kajian dan pandangan berkaitan bidang pendidikan. Pemilihan tema “Pendidikan Bertransformasi dan Berinovasi ke Arah Malaysia Baharu” bertujuan untuk menjadikan seminar ini medan untuk penganalisis, perancang, pelaksana dasar pendidikan, pensyarah, penyelidik dan pihak berkepentingan berkongsi dapatan kajian, idea dan pemikiran baru yang inovatif dengan hati serta  fikiran terbuka.


Seminar ini juga diharap dapat memberikan maklumat tentang pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang akan memberikan asas untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan pelaksanaan inisiatif, serta strategi baharu untuk pelaksanaan dasar, program, projek dan aktiviti pendidikan yang lebih berdaya maju serta berkesan untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Matlamat seminar seterusnya adalah menghasilkan suatu rumusan mengenai prestasi semasa sistem pendidikan negara peringkat nasional dan antarabangsa.


Hasrat Fakulti Pendidikan (FPend), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah menganjurkan Seminar dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO).  Kolaborasi pintar antara FPend UKM dan YGTHO bertujuan untuk mengukuhkan jaringan kerjasama antara pelbagai agensi di Malaysia bagi tujuan memperkasakan pendidikan negara. FPend juga berharap sekiranya penganjuran bersama dapat dilaksanakan, YGTHO dapat memberi sumbangan peruntukan yang sesuai agar pelaksanaan SKEPEN akan lebih bermakna dan lebih lancar. Selain itu, Fpend berharap YGTHO akan memberikan pandangan dan idea yang bernas bagi meningkatkan lagi kefungsian dan manfaat SKEPEN

Objektif

Perkongsian

Perkongsian Penyelidikan Pendidikan

Isu Pendidikan

Membahaskan Isu Pendidikan Kebangsaan & Serantau

Pendekatan Inovatif

Berkongsi Pendekatan Inovatif Dalam Kalangan Warga Guru, Pensyarah, Penyelidik Dan Pihak Berkepentingan Bagi Menghasilkan Amalan-Amalan Efektif Dalam Pendidikan.

Pembelajaran Atas Talian

Membahaskan Keperluan Penggunaan Pembelajaran Atas Talian Sejajar Dengan Keperluan Semasa.

Sub-Tema

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Kepimpinan dan Polisi Pendidikan
Profesionalisme Keguruan
Daya Saing dan Daya Tahan Pelajar/Graduan
Pendidikan Teknik Vokasional dan STEM
Pendidikan Khas – Pendidikan Komuniti Terpinggir, OKU, Orang Asli dan lain-lain
Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21
ICT dalam pendidikan
Pendidikan Keusahawanan
Pembiayaan Kewangan Pendidikan Tinggi Negara
Jalinan Kerjasama Sekolah/IPT dan Industri
Sikap, Nilai dan Kerohanian
Kreativiti dan Inovasi Guru dan Pelajar
Cabaran Semasa dan Hala Tuju Institusi Latihan Keguruan Negara
Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti
Bahasa Melayu dan Perpaduan Negara
Pengukuran dan Penilaian Pendidikan
Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa kedua/asing
Isu-isu pendidikan yang berkaitan

Ucap Utama

UCAP UTAMA 1

“Hala Tuju Pendidikan Negara”

YB Dr. Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

UCAP UTAMA 2

“Transformasi dan Inovasi: Di manakah Kedudukan Pelajar IPT?”

YBhg. Prof. Ir. Dato Dr. Othman Karim Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM

UCAP UTAMA 3

“Kepimpinan Efektif Pemancu Pembangunan Pendidikan Negara"

Dr Ahmad Rafee Che Kassim
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Anjuran

Fakulti Pendidikan, UKM & Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO)

Tarikh Penting

Tarikh akhir penyerahan abstrak
....telah dilanjutkan dari 30 Mac kepada 31 Mei 2019, (Maaf..penyertaan telah ditutup)
31 Mei 2019
(Sudah Ditutup)
Tarikh 'PEMAKLUMAN' penerimaan abstrak
....telah dilanjutkan dari 13 April kepada 10 Jun 2019
05 Jun 2019
Tarikh akhir penyerahan kertas kerja penuh
....Atas permintaan ramai..tarikh telah dilanjutkan dari 10 Jun kepada 24 Jun 2019
24 Jun 2019
Tarikh tutup penyertaan peserta
1 September 2019

Yuran Penyertaan

Peserta
RM 300
Pembentang
RM 350
Berita Baik kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)
YGTHO akan membiayai yuran sebanyak RM300 kepada 250 artikel terpilih kepada PPPS (termasuk yang sedang menyambung pengajian).

Maklumat Pembayaran

Nama Akaun: Universiti Kebangsaan Malaysia | No Akaun: 8002234307 | Bank: CIMB Bank Bhd | Kod Swift: CIBBMYKL

Maklumat lanjut, sila hubungi

Prof. Madya Dr. Norasmah Othman
03-89216292
Dr. Nurfaradilla Mohamad Nasri
03-89216058
Dr. Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore
03-89217709
Emel: skepen2019@yahoo.com | Laman Web: http://www.ukm.my/fpendidikan/skepen-2019 | Fax : 03 89254372

Peluang Penerbitan*

Jurnal
Jurnal SCOPUS/ESCI/ERA

Kertas kerja yang terpilih akan dijemput untuk diterbitkan dalam jurnal terindek (SCOPUS/ESCI/ERA) dengan bayaran tambahan.

Muat Turun

Senarai Peserta-Pembentang & Jadual Sesi Selari

Hari Pertama (21 Sept 2019)-Sabtu
Hari Kedua (22 Sept 2019)-Ahad

Maklumat Aturcara

.Atucara SKEPEN

Lain-Lain

…akan dimaklumkan jika berkaitan...