Fakulti Pergigian

Mesej Dekan

copy-of-dscn1750SELAMAT DATANG ke Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti Pergigian ditubuhkan pada bulan Jun 1996 dan mula mengambil penuntut program prasiswazah pergigian pertama pada sesi pengajian 1997/98. Ijazah yang dianugerahkan ialah Ijazah Doktor Pergigian. Program pengajian lima tahun ini berjaya merealisasikan misi, visi dan matlamat universiti dan fakulti yang tercatit. Fakulti telah melahirkan graduan yang terbilang dalam ilmu pengetahuan serta kemahiran klinikal dan telah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Setakat ini, fakulti kini telah melahirkan 702 graduan yang mana kebanyakannya sedang berkhidmat di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua warga fakulti sentiasa bertekad dan aspirasi untuk mencapai kejayaan bagi memberikan pengajaran dan perkhidmatan klinikal yang terbaik. Kakitangan akademik dan pakar klinikal sentiasa bersemangat memberikan pendidikan dan perkhidmatan serta menjalankan penyelidikan dari masa ke semasa bagi mencapai ilmu pengetahuan yang tinggi serta terkini yang mana ia dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menaikan mutu perkhidmatan.

Fakulti terus berusaha memantapkan dan melahirkan kakitangan akademik yang dinamik serta berkaliber dalam menjalankan tugasan pengajaran di fakulti. Ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman akan membuktikan dan menjamin kemajuan semua disiplin pergigian di fakulti. Semua kakitangan akademik komited didalam menjalinkan hubungan dan saling bantu membantu didalam pengajaran serta penyelidikan sesama fakulti pergigian lain di Malaysia.

Buat masa sekarang, fakulti menawarkan program pasca siswazah kepakaran didalam bidang Ortodontik, Pergigian Pediatrik, Pergigian Restoratif, Endodontologi, Periodontologi, dan Bedah Mulut dan Maksilofasial. Fakulti juga menawarkan program Doktor Falsafah didalam bidang Pergigian Komuniti, Biologi Mulut Klinikal dan Pergigian Pediatrik.

Saya amat berbangga dengan pencapaian fakulti yang dapat menghasilkan graduan pergigian yang berkualiti tinggi serta pakar ortodontik yang setanding dengan harapan agar mereka akan terus menyumbang di dalam bidang akademik mahupun aktiviti khidmat masyarakat. Saya berharap semua ahli fakulti akan terus bermuafakat dan bekerja berpasukan dalam menempah kejayaan yang berterusan.

Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Ghazali Mat Nor,
Dekan Fakulti Pergigian UKM
2014

Fakulti Pergigian