Language

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Program Pascasiswazah

Program Pengajian yang Ditawarkan

Sarjana (Mod Pengajian: Penyelidikan / Kerja Kursus dan Penyelidikan)

  • Sarjana (Syariah)
  • Sarjana (Usuluddin dan Falsafah)
  • Sarjana (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)
  • Sarjana (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)
  • Sarjana (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah)

Doktor Falsafah (Mod Pengajian: Penyelidikan)

  • Doktor Falsafah (Syariah)
  • Doktor Falsafah(Usuluddin dan Falsafah)
  • Doktor FalsafahPengajian Arab dan Tamadun Islam)
  • Doktor Falsafah (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)
  • Doktor Falsafah (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah)

Matlamat dan Objektif Pendidikan Program

  • Memenuhi keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan dasar Kerajaan serta keperluan Universiti Penyelidikan;
  • Memantap dan memperkasakan lagi program Sarjana dan Doktor Falsafah;
  • Memenuhi kehendak dan tuntutan semasa yang semakin mencabar, selaras dengan keperluan dan tuntutan industri, penaja dan masyarakat;
  • Memenuhi matlamat Universiti khususnya dalam menjadikan fakulti sebagai pusat keilmuan yang terkehadapan, menjana kemahiran memimpin, membimbing, berkomunikasi untuk penyebaran Islam dan pembangunan insan;
  • Melahirkan modal insan yang berkemampuan menjadi pakar runding dalam pengkhususan bidang al-Quran dan al-Sunnah;
  • Membentuk modal insan yang berjaya dalam profesion yang diceburi;
  • Meneruskan pembelajaran sepanjang hayat dan ilmu lanjutan;
  • Berkemampuan menjalankan penyelidikan Pengajian Islam secara umum serta al-Quran dan al-Sunnah secara khusus.

Syarat dan Kelayakan Umum Kemasukan

Sarjana

  • Mempunyai Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang bari dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam atau pengalaman kerja yang diiktiraf oleh Senat; dan
  • Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh proagram (jika berkenaan).

Doktor Falsafah

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Pengajian Islam atau pengalaman kerja yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Sedang mengikuti program Sarjana Pengajian Islam di UKM secara sepenuh masa mod penyelidikan dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti untuk menukar status kepada program Ijazah Kedoktoran dengan kelulusan Dekan; atau
  • Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam di UKM dengan memperolehi keputusan cemerlang atau dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktriraf oleh Senat; dan
  • Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh proagram (jika berkenaan).

Tempoh Pengajian

Program
Sepenuh Masa (semester)
Separuh Masa (semester)
Sarjana (Kerja Kursus dan Penyelidikan)
2 hingga 4
-
Sarjana (Penyelidikan)
2 hingga 6
-
Doktor Falsafah (Penyelidikan)
6 hingga 12
-
*Sarjana (Penyelidikan) - blended learning
-
4 hingga 8
*Doktor Falsafah (Penyelidikan) - blended learning
-
8 hingga 12

*Program Blended Learning ditawarkan melalui Pusat Kembangan Pendidikan, UKM. Mohon rujuk laman sesawang Pusat Kembangan Pendidikan UKM.

Keperluan Bahasa

Bahasa Melayu

Calon bukan warganegara WAJIB mengikuti dan lulus kursus bahasa Melayu melalui Pusat Citra UKM tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti dan lulus kursus bahasa Melayu yang setara, anjuran badan lain yang diperakukan oleh Senat; dan
  • Dalam kes tertentu, Senat berhak memberikan pengecualian syarat Bahasa Melayu.

Bahasa Inggeris

  • Calon bukan warganegara yang tidak mencapai skor minimum TOEFL (550) atau IELTS (Band 5) WAJIB menduduki Ujian Kelayakan dan Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI) yang dikendalikan oleh Pusat Kembangan Pendidikan, UKM (PKP).
  • Calon yang gagal UKBI, WAJIB mengikuti dan lulus Modul Kecekapan Bahasa Inggeris (MKBI). Dalam kes tertentu, Senat berhak memberi pengecualian syarat Bahasa Inggeris.

Bahasa Arab

  • Calon dikehendaki menduduki dan menghadiri bengkel Kelayakan Bahasa Arab yang diadakan.
  • Pengecualian akan diberikan kepada calon yang bahasa ibundanya bahasa Arab. Dalam kes tertentu, Senat berhak memberi pengecualian syarat Bahasa Arab.

Yuran Pendaftaran, Pengajian & Pemeriksaan Tesis

Yuran Pendaftaran & Pengajian

Peringkat Pengajian (Sepenuh Masa)
Semester 1 (termasuk yuran pendaftaran)
Semester 2 dan seterusnya
Sarjana (Pelajar Tempatan)
RM 3,190
RM 2,180 / semester
Sarjana (Pelajar Antarabangsa)
RM 5,495
RM 4,085 / semester
Doktor Falsafah (Pelajar Tempatan)
RM 3,490
RM 2,480 / semester
Doktor Falsafah (Pelajar Antarabangsa)
RM 6,595
RM 4,885 / semester

Yuran Pemeriksaan Tesis

Bayaran hendaklah dibuat ketika calon hendak menyerahkan tesis untuk pemeriksaan sebelum peperiksaan lisan.

Sarjana (Penyelidikan) RM 1,300
 Sarjana (Kerja Kursus dan Penyelidikan) RM 1,300
 Doktor Falsafah RM 2,000

Syarat Pengijazahan

Calon perlu memenuhi keperluan berikut sepanjang pengajian sebelum layak dianugerahkan ijazah:

Sarjana

  • Menghadiri kuliah dan lulus peperiksaan kerja kursus yang berjumlah 12 unit keseluruhannya (mod Kerja Kursus dan Penyelidikan);
  • Peperiksaan Kelayakan dan kursus prasyarat (jika berkaitan);
  • Membentangkan cadangan usul penyelidikan dalam semester 1 atau 2 (mod penyelidikan);
  • Menyediakan satu (1) disertasi tesis yang akan diperiksa oleh dua (2) orang pemeriksa, dan melalui peperiksaan lisan.
    • Disertasi tesis adalah tidak melebihi:
      • 50,000 patah perkataan (Sarjana – Kerja Kursus dan Penyelidikan);
      • 60,000 patah perkataan (Sarjana – Penyelidikan); dan
  • Menghasilkan dan menerbitkan 1 jurnal berwasit.

Doktor Falsafah

  • Menduduki dan lulus peperiksaan kelayakan dan kursus prasyarat (jika berkaitan);
  • Membentangkan cadangan usul penyelidikan dalam semester 1 atau 2 ;
  • Menyediakan satu (1) tesis yang tidak melebihi 100,000 patah perkataan dan diperiksa oleh Pemeriksa Dalam dan Pemeriksa Luar, dan melalui peperiksaan lisan; dan
  • Menghasilkan dan menerbitkan 2 jurnal berimpak tinggi.

Permohonan Kemasukan

Permohonan adalah dibuka dua (2) kali setahun bagi program mod pengajian Kerja Kursus dan Penyelidikan, manakala program mod pengajian Penyelidikan dibuka sepanjang masa. Permohonan adalah secara atas talian melalui laman sesawang guest.ukm.edu.my.

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 8911 8468 / 8389
Fax: +603 8911 8471
e-Mail: postgraduate.ppa@ukm.edu.my

Pembiayaan Kewangan

UKM menawarkan skim bantuan kewangan dalam bentuk zamalah dan terhad kepada calon yang memenuhi syarat. Skim zamalah ini dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM). Mohon rujuk laman sesawang research.ukm.my.

Hubungi Kami

Eksekutif
Urus Setia Program Pengajian Siswazah (UPPS)
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
MALAYSIA

Tel: +603 8921 3519 / 3543 / 3507 / 3524
Fax: +603 8921 3533
e-Mail: upps.fpi@ukm.edu.my