Language

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)

Ketua Program

Dr. Adawiyah Ismail
Sm.P.I.(Kep.), S.P.I. (UKMalaysia), Ph.D (USM)
Pensyarah Kanan
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti

No. Tel: +603 8921 3539
e-Mel: ada@ukm.edu.my

Modul Pengajian

  • Modul Pengurusan Islam
  • Modul Kaunseling Islam
  • Modul Komunikasi Islam

Tempoh Pengajian

  • Sepenuh Masa : 3 Tahun (6 semester)
  • Separuh Masa : 4 Tahun (8 semester) – Pengajian Berterusan Jarak Jauh

Syarat-syarat Kemasukan (Sepenuh Masa)

Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut: Bahasa Arab, Usuluddin atau Syariah; dan mana-mana satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
    • Usuluddin
    • Syariah
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Geografi
    • Kesusasteraan Melayu Komunikatif
    • Ekonomi
    • Pengajian Perniagaan
    • Perakaunan
    • Information and Communications Technology (ICT) dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat SPM/setaraf dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) dan;
  • Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti.

Lepasan Diploma/Setaraf

  • Memiliki Diploma Maktab Perguruan Islam atau Sijil Menengah Agama (Rabie’ Thanawi) atau Sijil Latihan Perguruan Asas, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Usuluddin atau Syariah di peringkat STPM, serta tiga (3) tahun pengalaman sebagai guru atau;
  • Lulus dengan Kepujian Diploma lain yang berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan;
  • Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti atau;
  • Calon Lepasan STAM (TAHUN 2013 DAN SEBELUM) mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan;
  • Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti atau;
  • Calon Lepasan STPM (BUKAN TAHUN SEMASA) mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Bahasa Arab, Syariah atau Usuluddin dan mana-mana satu (1) daripada mata pelajaran Syariah, Usuluddin, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Information and Communications Technology (ICT) dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) dan;
  • Dan lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti.

Lepasan STAM

  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) dan;
  • Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti.

Saluran Kedua

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya, serta lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat SPM/setaraf ; dan
  • Lulus SPM dan Sijil Menengah Agama atau lulus Diploma yang berkaitan; dan
  • Mendapat Kepujian satu (1) mata pelajaran lain di peringkat SPM; dan
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebagai Guru Agama atau bidang-bidang yang berkaitan; dan
  • Lulus ujian/temuduga yang ditetapkan.

Bukan Warganegara

  • Mempunyai kelulusan A-Level/Kelulusan yang setara dan diiktiraf oleh Senat Universiti atau;
  • Sijil Menengah Agama (Rabie Thanawi) atau;
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Senat Universiti atau;
  • Bagi Calon Warganegara Indonesia-Lulus Ujian Akhir Nasional (UAN) dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred 8.0 atau Keputusan Akhir SMU3/SMA dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred purata 6-10 dalam Program Ilmu Sains Sosial bagi mata pelajaran berikut: Bahasa Arab; Syariah atau Usuluddin dan; Satu (1) mata pelajaran lain
  • Mahir dan fasih berbahasa Melayu.

Syarat-syarat Kemasukan (Separuh Masa) – Pengajian Berterusan Jarak Jauh

Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut: Bahasa Arab, Usuluddin / Syariah; dan mana-mana satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
    • Usuluddin
    • Syariah
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Geografi
    • Kesusasteraan Melayu Komunikatif
    • Ekonomi
    • Pengajian Perniagaan
    • Perakaunan
    • Information and Communications Technology (ICT) dan
  • Gred E/Gred 8E pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab /Sijil Bahasa Arab daripada institusi pendidikan* dan;
  • Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti bagi calon yang mempunyai sijil Bahasa Arab daripada institusi pendidikan.

Lepasan Diploma/Setaraf

  • Memiliki Diploma Maktab Perguruan Islam atau Sijil Menengah Agama (Rabie’ Thanawi) atau Sijil Latihan Perguruan Asas, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Usuluddin atau Syariah di peringkat STPM, serta tiga (3) tahun pengalaman sebagai guru; atau;
  • Lulus dengan Kepujian Diploma lain yang berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.30; dan
  • Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari semester satu (1) hingga semester akhir; dan
  • Gred E/Gred 8E pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab /sijil Bahasa Arab daripada institusi pendidikan* dan;
  • Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti bagi calon yang mempunyai sijil Bahasa Arab daripada institusi pendidikan atau;
  • Calon Lepasan STAM (BUKAN TAHUN SEMASA) Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan
  • Gred E/Gred 8E pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab /sijil Bahasa Arab daripada institusi pendidikan* dan;
  • Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti bagi calon yang mempunyai sijil Bahasa Arab daripada institusi pendidikan atau;
  • Calon Lepasan STPM (BUKAN TAHUN SEMASA) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Arab
    • Syariah atau Usuluddin; dan
  • Mana-mana satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
    • Usuluddin
    • Syariah
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Geografi
    • Kesusasteraan Melayu Komunikatif
    • Ekonomi
    • Pengajian Perniagaan
    • Perakaunan
    • Information and Communications Technology (ICT) dan;
  • Gred E/Gred 8E pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab /sijil Bahasa Arab daripada institusi pendidikan* dan;
  • Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti bagi calon yang mempunyai sijil Bahasa Arab daripada institusi pendidikan.

Lepasan STAM

  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan;
  • Gred E/Gred 8E pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab /sijil Bahasa Arab daripada institusi pendidikan* dan;
  • Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti bagi calon yang mempunyai sijil Bahasa Arab daripada institusi pendidikan.

Saluran Kedua

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya, serta lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat SPM /sijil Bahasa Arab daripada institusi pendidikan* dan;
  • Lulus Sijil Menengah Agama atau lulus Diploma yang berkaitan atau lulus STPM atau lulus STAM dan;
  • Mendapat Kepujian satu (1) mata pelajaran lain di peringkat SPM; dan
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebagai Guru Agama atau bidang-bidang yang berkaitan; dan
  • Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti.

*Sijil yang diiktiraf ialah sijil yang setara dengan Kursus Umum Bahasa Arab (KUBA) dengan kriteria  berikut:

  1. Tempoh kursus sekurang-kurangnya lima bulan dan,
  2. Silibus kursus meliputi pemahaman teks Arab, penulisan dan komunikasi.

Kerjaya

  • Semua jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang tidak memerlukan Ijazah khusus (Pegawai Penguatkuasa/Penguasa Imigresen/ Juruaudit/ Penguasa Bomba/Penguasa Kastam/Penguasa Penjara/Pengurus Asrama)
  • Pegawai Hal Ehwal Islam
  • Pegawai Tadbir
  • Pegawai Tadbir dan Diplomatik
  • Pensyarah /Guru
  • Pendakwah
  • Usahawan
  • Pensyarah
  • Kaunselor
  • Guru Agama
  • Penerbit
  • Penulis
  • Wartawan (Media)
  • Motivator

Maklumat Lanjut

Sila hubungi:

Puan Norlin Lebai Talib
Tel: 03-8921 5528
e-Mel: norlin@ukm.edu.my