Language

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Kemudahan

Dewan Kuliah 

Fakulti ini mempunyai dua buah dewan kuliah berhawa dingin yang boleh menampung kira-kira 180 orang mahasiswa pada satu-satu masa. Dewan-dewan kuliah ini dilengkapi dengan sistem pembesar suara, komputer meja dan peralatan LCD.

Bilik Seminar Siswazah

Dua buah Bilik Seminar Siswazah berhawa dingin ditempatkan di Aras 1 (sedang dinaiktaraf) dan Aras 5 Bangunan Fakulti yang boleh digunakan untuk perkuliahan, penganjuran aktiviti-aktiviti akademik dan ko-kurikulum, peperiksaan dan sebagainya. Ia dilengkapi dengan peralatan LCD dan boleh menampung kira-kira 100 orang pada satu-satu masa.

Bilik Bacaan

Bilik Bacaan terletak di Aras 5 Bangunan Fakulti Pengajian Islam. Ia memuatkan koleksi pengajian Islam yang merangkumi akidah, syariah, bahasa Arab, sejarah Islam dan sebagainya. Koleksi Latihan Ilmiah dan Thesis pelajar-pelajar Siswazah juga turut disimpan di Bilik Bacaan ini sebagai rujukan kepada para pengunjung.

Bilik Singgahan Ilmu

Bilik Singgahan Ilmu merupakan ruang transit kepada para pelajar yang berada di bangunan Fakulti Pengajian Islam semasa menunggu pertukaran waktu kuliah. Ruang berhawa dingin ini turut dilengkapi dengan beberapa set kerusi meja yang boleh digunakan untuk sesi perbincangan, mutalaah pelajaran dan bersantai. Ia turut dilengkapi dengan sebuah TV Info Skrin dan perkidmatan wifi.

TV Info Skrin

Tiga buah TV Info Skrin disediakan di tiga buah lokasi strategik dalam bangunan Fakulti Pengajian Islam dan berfungsi sebagai media hebahan daripada pihak Fakulti kepada pelajar dan pengunjung Fakulti ini. Ia akan dipasang pada jam 8.15 pagi dan akan ditutup pada jam 4.45 petang.

wifi

Seluruh bangunan Fakulti Pengajian Islam merupakan zon wifi percuma kepada para pengunjung. Namun begitu, ia mestilah didaftarkan terlebih dahulu sebelum menggunakannya.