Kursus Sijil Pengajian Islam – kini dibuka untuk pendaftaran

Fakulti Pengajian Islam UKM akan menawarkan program Sijil Pengajian Islam Siri 1 dan 2 kepada sesiapa yang berminat mendalami ilmu-ilmu Islam. Ia merupakan kursus jangka pendek yang dianjurkan di fakulti ini sebagai program pembelajaran sepanjang hayat. Program ini dikendalikan oleh pensyarah FPI yang berpengalaman dalam kepakaran masing-masing. Antara objektif penawaran kedua-dua siri program kini ialah menyediakan ilmu asas Islam kepada masyarakat awam, membuka ruang interaksi akademia dengan masyarakat awam dan menyemarakkan Pengajian Islam kepada masyarakat.

Program ini akan dijalankan pada setiap hari Sabtu daripada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dan akan bermula pada 2 Mac 2019 hingga 11 Mei 2019. Ia juga akan dijalankan selama 10 minggu dengan 40 jam pertemuan. Kursus-kursus yang akan disampaikan dalam program ini merangkumi bidang Usuluddin dan Falsafah, Syariah, Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.

Maklumat terperinci dan borang pendaftaran secara atas talian boleh dicapai melalui laman sesawang www.ukm.my/fpi/spi.