Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LoI) antara UKM dan IWM

21 Februari 2017: Majlis Menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) antara Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Perdana Menteri telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Bitara, Fakulti Pengajian Islam UKM.

Majlis ini diadakan bagi memulakan pelaksanaan secara bersama beberapa program yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Surat Hasrat (LoI) tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Profesor Dr. Wan Kamal Mujani, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusof Din, Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Pengarah IWM dan Ahli-ahli Pengurusan dan Pentadbiran Fakulti Pengajian Islam UKM.

Image may contain: 10 people, people standing and indoorImage may contain: 2 people, suit and indoorImage may contain: 4 people, people standing, suit and indoorImage may contain: 4 people, people standing, suit and indoor