Panggilan Kertas Kerja: Persidangan Antarabangsa Komuniti Muslim dan Pemikiran

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Komuniti Muslim dan Pemikiran bertemakan ‘Kesejahteraan Masyarakat dan Keamanan Global’ pada 3-4 Oktober 2017 di Greensa Inn, UIN Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia. Sehubungan itu pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan untuk membentang kertas kerja dalam persidangan ini mengikut tema-tema yang ditetapkan dalam poster ini.