Pendaftaran Kursus Program Ijazah Pertama Semester II Sesi Akademik 2015-2016

Semua pelajar Program Prasiswazah Sesi Akademik 2015-2016 diminta mengambil perhatian dan tindakan mengenai perkara-perkara berikut:

  1. Pendaftaran Kursus Semester II Sesi Akademik 2015-2016 akan dijalankan secara web melalui laman web http://www.ukm.my/smpweb.
  2. Pelajar adalah dinasihatkan supaya tidak mendedahkan NPP masing-masing untuk mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari.
  3. Sila rujuk pekeliling yang dilampirkan untuk maklumat dan kemudahan semasa mendaftar kursus.
  4. Pelajar lama yang tidak membuat pendaftaran awal, bayaran denda RM50.00 akan direkodkan oleh Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar secara automatik.
  5. Pelajar yang menggantung pendaftaran pada semester sebelumnya dan mendaftar selepas 22 Februari 2016, bayaran denda sebanyak RM50.00 juga akan direkodkan oleh Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar secara automatik.
  6. Pelajar dikehendaki mendaftar kursus mengikut unit maksimum yang dibenarkan. Pelajar yang ingin mendaftar kursus melebihi unit yang dibenarkan, sila dapatkan kebenaran daripada Dekan. Sila pastikan fakulti telah mengemaskini dalam Sistem Maklumat Pelajar sebelum pelajar membuat penambahan kursus melalui SMPWeb.
  7. Pelajar diwajibkan membuat pengesahan pendaftaran kursus pada minggu kelima semester iaitu bermula 21-27 Mac 2016 dan sebarang perubahan kursus selepas tempoh tersebut tidak akan diterima.
  8. Pelajar adalah bertanggungjawab untuk:
    • mendaftar, menyemak dan mengesahkan semua kursus yang telah didaftarkan;
    • memastikan maklumat peribadi di dalam SMPWeb adalah terkini pada setiap semester seperti ejaan nama, alamat surat menyurat, alamat e-mel dan no kad pengenalan; dan
    • sentiasa prihatin mengenai notis dan pekeliling terbaharu yang dipaparkan oleh Pusat Pengurusan Akademik di dalam SMPWeb.

[pdf-embedder url=”https://www.ukm.my/fpi/wp-content/uploads/2016/02/PEKELILING-AKADEMIK-BIL.-2-2016.pdf”]