Wacana Fiqh al-Ta`ayusy (فقه التعايش) dalam Konteks Masyarakat Majmuk di Malaysia

Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Peribumi, Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan FPI dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Wacana Fiqh al-Ta`ayusy (فقه التعايش) dalam Konteks Masyarakat Majmuk di Malaysia bertemakan “Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan Dalam Kerangka Wasatiyyah al-Islam” pada 10 Oktober 2017 di Fakulti Pengajian Islam UKM. Sehubungan itu pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan tuan/puan  dalam wacana ini.