Program Pascasiswazah

Sarjana

Secara Penyelidikan / Kerja Kursus dan Penyelidikan​​

  • Sarjana (Syariah)
  • Sarjana (Usuluddin dan Falsafah)
  • Sarjana (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)
  • Sarjana (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)
  • Sarjana (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah)

Syarat & Kelayakan

  • Mempunyai Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang bari dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam atau pengalaman kerja yang diiktiraf oleh Senat; dan
  • Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan).

Syarat Pengijazahan

Calon perlu memenuhi keperluan berikut sepanjang pengajian sebelum layak dianugerahkan ijazah:

  • Menghadiri kuliah dan lulus peperiksaan kerja kursus yang berjumlah 12 unit keseluruhannya (mod Kerja Kursus dan Penyelidikan);
  • Peperiksaan Kelayakan dan kursus prasyarat (jika berkaitan);
  • Membentangkan cadangan usul penyelidikan dalam semester 1 atau 2 (mod penyelidikan);
  • Menyediakan satu (1) disertasi tesis yang akan diperiksa oleh dua (2) orang pemeriksa, dan melalui peperiksaan lisan.
    • Disertasi tesis adalah tidak melebihi:
      • 50,000 patah perkataan (Sarjana – Kerja Kursus dan Penyelidikan);
      • 60,000 patah perkataan (Sarjana – Penyelidikan); dan
  • Menghasilkan dan menerbitkan 1 jurnal berwasit.

Yuran

Pengajian Sepenuh Masa Semester 1 (termasuk yuran pendaftaran) Semester 2 dan seterusnya
Pelajar Tempatan
RM 3,190
RM 2,180 / semester
Pelajar Antarabangsa
RM 5,495
RM 4,085 / semester
  • Yuran Pemeriksaan Tesis: RM 1,300

Doktor Falsafah

Secara Penyelidikan sahaja​

  • Doktor Falsafah (Syariah)
  • Doktor Falsafah(Usuluddin dan Falsafah)
  • Doktor FalsafahPengajian Arab dan Tamadun Islam)
  • Doktor Falsafah (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)
  • Doktor Falsafah (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah)

Syarat & Kelayakan

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Pengajian Islam atau pengalaman kerja yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Sedang mengikuti program Sarjana Pengajian Islam di UKM secara sepenuh masa mod penyelidikan dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti untuk menukar status kepada program Ijazah Kedoktoran dengan kelulusan Dekan; atau
  • Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam di UKM dengan memperolehi keputusan cemerlang atau dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktriraf oleh Senat; dan
  • Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan).

Syarat Pengijazahan

  • Menduduki dan lulus peperiksaan kelayakan dan kursus prasyarat (jika berkaitan);
  • Membentangkan cadangan usul penyelidikan dalam semester 1 atau 2 ;
  • Menyediakan satu (1) tesis yang tidak melebihi 100,000 patah perkataan dan diperiksa oleh Pemeriksa Dalam dan Pemeriksa Luar, dan melalui peperiksaan lisan; dan
  • Menghasilkan dan menerbitkan 2 jurnal berimpak tinggi.

Yuran

Pengajian Sepenuh Masa Semester 1 (termasuk yuran pendaftaran) Semester 2 dan seterusnya
Pelajar Tempatan
RM 3,490
RM 2,480 / semester
Pelajar Antarabangsa
RM 6,595
RM 4,885 / semester
  • Yuran Pemeriksaan Tesis: RM 2,000

Keperluan Bahasa

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab

Calon bukan warganegara WAJIB mengikuti dan lulus kursus bahasa Melayu melalui Pusat Citra UKM tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti dan lulus kursus bahasa Melayu yang setara, anjuran badan lain yang diperakukan oleh Senat; dan
  • Dalam kes tertentu, Senat berhak memberikan pengecualian syarat Bahasa Melayu.
  • Calon luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat keputusan skor atau band minimum yang ditetapkan oleh program iaitu TOEFL (550), IELTS (band 5) atau MUET (band 3). Keputusan peperiksaan tersebut hendaklah dikemukakan semasa membuat permohonan pengajian.
  • Pengecualian boleh diberikan kepada calon luar negara yang berasal daripada negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi ATAU yang menggunakan kelayakan akademik dari institut yang menggunakan Bahasa Inggeris.
  • Calon dikehendaki menduduki dan menghadiri bengkel Kelayakan Bahasa Arab yang diadakan.
  • Pengecualian akan diberikan kepada calon yang bahasa ibundanya bahasa Arab. Dalam kes tertentu, Senat berhak memberi pengecualian syarat Bahasa Arab.

Video Alumni FPI

Klik di sini

Klik di sini





LALUAN PANTAS PROGRAM KEDOKTORAN (PHD)

Maklumat Lanjut

Sila hubungi:
Urus Setia Program Pengajian Siswazah (UPPS)
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
MALAYSIA

Tel: +603 8921 3519 / 3543 / 3507 / 3524
Fax: +603 8921 3533
Email: upps.fpi@ukm.edu.my