Perkhidmatan Penyewaan Ruang

Ruang-ruang yang dibuka untuk disewa:

  1. Bilik Mesyuarat Bitara
  2. Dewan Cendekiawan
  3. Dewan Sarjana
  4. Bilik Seminar 1
  5. Bilik Seminar 2
  6. Lobi Ilmuan
  7. Dataran FPI

Tatacara Penggunaan:

  • Permohonan perlu dikemukakan kepada Pejabat Dekan Fakulti Pengajian Islam selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh penggunaan.
  • Aktiviti yang dilaksanakan tidak bertentangan dengan undang-undang negara, perlembagaan dan peraturan universiti, tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti perkauman dan tidak akan mencemarkan imej dan nama baik universiti.
  • Pelajar perlu mendapat kelulusan aktiviti daripada Pusat Perhubungan Mahasiswa & Perhubungan Alumni (PPMPA) sebelum mengemukakan permohonan.
  • Pembatalan atau pindaan tarikh atau tempat hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum bilik/ruang digunakan dan Pejabat Dekan FPI tidak bertanggungjawab jika terdapat sebarang masalah berikutan pembatalan/pindaan tarikh/tempat tersebut.
  • Universiti boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan atas kepentingan universiti.
  • Pengguna dipertanggungjawabkan dari segi kebersihan, kesempurnaan dan keselamatan peralatan yang digunakan. Sekiranya didapati kehilangan, atau kerosakan dalam tempoh penggunaan, maka pengguna perlu menanggung kos kehilangan, baikpulih atau penyelenggaraan.
  • Pengguna tidak dibenarkan mengubah atau memindah peralatan yang terdapat dalam ruang berkenaan melainkan mendapat kelulusan daripada Pejabat Dekan FPI.
  • Pengguna tidak dibenarkan menampal sebarang notis atau sepanduk dengan menggunakan apa jua bentuk bahan pelekat secara terus pada permukaan dinding.
  • Pengguna dilarang menganjurkan sebarang aktiviti selain daripada yang diluluskan.
  • Pengguna hendaklah memastikan tiada makanan atau minuman dan barang-barang terlarang dibawa ke dalam dewan/ruang yang digunakan.
  • Pengguna hendaklah memastikan keadaan ruang dalam keadaan sempurna sebelum meninggalkan ruang berkenaan.
  • Pengguna hendaklah mengosongkan dan membawa keluar barang-barang dan peralatan kepunyaan sendiri daripada ruang yang digunakan sebaik sahaja tempoh penggunaan tamat.
  • Kadar sewa yang disenaraikan bagi setiap ruang tidak termasuk keperluan peralatan tambahan dan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST).
  • Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Cek perlu diserahkan melalui Pejabat Dekan Fakulti Pengajian Islam.