Permohonan

Fakulti Pengajian Islam menawarkan program akademik dan profesional yang kukuh kelolaan direncana untuk kecemerlangan kerjaya anda. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa memohon untuk mengikuti Program Pengajian Siswazah (Doktor Falsafah, Sarjana dan Diploma Pascasiswazah) secara Sepenuh Masa pada Semester 2 Sesi Akademik 2017/2018 yang akan bermula pada FEBRUARI 2018.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sepenuhnya di portal guest.ukm.my bermula 2 Oktober 2017.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 November 2017.

Yuran proses sebanyak RM30.00 (bagi pemohon Malaysia) dan USD30 (bagi pemohon luar negara) hendaklah dibayar secara kaedah atas talian (online payment) atau menggunakan kad kredit (online payment) sepertimana yang disediakan di dalam Sistem Guest.

 Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Telefon : 03-8911 8468/8389
Faks : 03-8911 8471
E-mel :
akad@ukm.edu.my