Program Prasiswazah

Program Pengajian

  • Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah)
  •  Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuluddin & Falsafah)
  •  Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab & Tamadun Islam)
  •  Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Dakwah & Kepimpinan)
  •  Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian al-Quran & al-Sunnah)

Syarat Kemasukan

Calon Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
    * Bahasa Arab, Usuluddin atau Syariah; dan
    * mana-mana satu (1) daripada mata pelajaran berikut: Syariah, Usuluddin, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Information and Communications Technology (ICT) dan;
  2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM/setaraf bagimata pelajaran Bahasa Arab; atau lulus Gred E dan mempunyai sijil Bahasa Arab dari institusi pendidikan yang diiktiraf dan;
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Lepasan Diploma / Setaraf

  1. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat diploma dalam bidang berkaitan/PNGK 2.30 dengan pengalaman kerja selama satu (1) tahun dan;
  2. Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari Semester satu (1) hingga Semester akhir dan:
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM/setaraf dalam mata pelajaran Bahasa Arab; atau lulus Gred E dan mempunyai sijil Bahasa Arab dari institusi pendidikan yang diiktiraf dan;
  4. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  1. Mendapat sekurangnya-kurangnya pangkat Jayyid dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan;
  2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM/setaraf bagi mata pelajaran Bahasa Arab; atau lulus Gred E dan mempunyai sijil Bahasa Arab dari institusi pendidikan yang diiktiraf dan;
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT-APEL A)

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus mata pelajaran Sejarah dan;
  2. Sijil Perakuan APEL MQA dengan mendapat Tahap MQF dan;
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM/setaraf bagi mata pelajaran Bahasa Arab; atau lulus Gred E dan mempunyai sijil Bahasa Arab dari institusi pendidikan yang diiktiraf dan;
  4. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Bukan Warganegara

  1. 12 tahun pembelajaran sekolah rendah dan sekolah menengah atas

  2. Sijil Sekolah Menengah Atas seperti Higher Secondary Certificate, Senior Secondary School Graduatian Certificate, Tawjihiya, Ijazah Sekolah Menengah Atas, High School Diploma (sekurang-kurangnya 70% atau 80% atau 85% tertakluk kepada negara)

  3. Gred yang baik bagi mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Arab
    • Dua (2) mata pelajaran Pendidikan Agama Islam

  4. Sekurang-kurangnya MUET Band 2 /IELTS Band 4.0-5.0 /TOEFL Band 31-45 atau peperiksaaan yang setara dengan CEFR Band B1.

  5. Boleh berbahasa Melayu.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi:

Timbalan Dekan (Prasiswazah)
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8921 3535
Emel: tdpfpi@ukm.edu.my