FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

PROGRAM SIJIL PENGAJIAN ISLAM (Siri 1)

Latar Belakang: Sijil Pengajian Islam merupakan kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM, sebagai program pembelajaran sepanjang hayat. Program ini dikendalikan oleh pensyarah FPI yang berpengalaman dalam kepakaran masing-masing. Objektif:
  • Menyediakan ilmu asas Islam kepada masyarakat awam.
  • Membuka ruang interaksi akademia dengan masyarakat awam.
  • Menyemarakkan Pengajian Islam kepada masyarakat.
Tarikh, Tempoh dan Tempat Pengajian
  • Bermula 22 Februari 2020 (Setiap Hari Sabtu Sahaja)
  • Sabtu (8.30 pagi – 1.00 tengah hari)
  • 10  minggu (40 jam pertemuan)
  • Dewan Kuliah di Fakulti Pengajian Islam, UKM
Kandungan Kursus 1.  Usuluddin dan Falsafah
  • Warisan Pemikiran Islam
  • Akidah Islam
2.  Syariah
  • Fiqh Ibadah Harian
  • Persoalan Fiqh Semasa
3.  Pengajian Arab dan Tamadun Islam
  • Asas Bahasa Al-Quran: Kursus Bahasa Arab untuk Orang Awam
  • Pengantar Peradaban Islam
4.  Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
  • Fiqh Dakwah
  • Isu Bid’ah dan Khurafat
5.  Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Asas Ilmu Al-Quran
  • Asas Ilmu Hadith
Yuran
  • RM 550.00 (untuk modul softcopy sahaja)
  • Pembayaran boleh dibuat melalui Akaun berikut:
    • No. Akaun CIMB: 8002234307 atas nama UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Borang permohonan yang telah lengkap dan disertakan bersama slip pembayaran yuran pengajian hendaklah diserahkan SEBELUM atau PADA 20 FEBRUARI 2020 kepada:

Penyelaras Sijil Pengajian Islam Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

  • Borang permohonan yang telah lengkap boleh juga diemelkan berserta slip pembayaran yuran pengajian kepada alamat emel berikut:

maya@ukm.edu.my