Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), ALAF-UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Objective

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser menjalankan pelbagai aktiviti dalam menjayakan objektif penubuhannya seperti pengajaran, penyelidikan dan juga ekopelancongan merangkumi perkara-perkara berikut :-

  • Memperkasakan pusat penyelidikan tanah tinggi yang terunggul di tropika yang merangkumi pelbagai bidang tujahan penyelidikan yang bermutu tinggi selaras dengan aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Menjelaskan impak perkembangan eko-pelancongan koridor Raub-Bukit Fraser terhadap status persekitaran fizikal.
  • Mengesan impak perkembangan eko-pelancongan koridor Raub-Bukit Fraser terhadap keadaan sosial kawasan pinggiran.
  • Mengesan perubahan dan potensi aktiviti ekonomi kawasan koridor Raub-Bukit Fraser.
  • Menjadikan koridor Raub-Bukit Fraser sebagai daya tarikan pelancongan yang mempunyai identiti yang tersendiri yang merangkumi flora dan fauna.
  • Menyebarkan ilmu penyelidikan melalui proses penyampaian pendidikan dan perbincangan bersama pihak kepentingan