Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), ALAF-UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

STRATEGI DAN PERANAN

STRATEGI

Strategi Pusat Penyelidikan Bukit Fraser juga telah dirangka bagi memastikan objektif pusat ini dicapai antaranya:-

  • Memperkasa penyelidik pelbagai generasi iaitu pasca siswazah, pasca-doktoral dan penyelidik muda untuk kesinambungan penyelidikan dan perjalanan ilmu bagi memastikan penjanaan dan sumbangan ilmu yang cemerlang.
  • Memperkukuh dan mempelbagai jaringan penyelidikan dan kerjasama pintar dengan semua pihak berkepentingan bagi mengoptimumkan penggunaan ilmu dan sumber alam secara mapan
  • Menjalinkan hubungan yang akrab dengan badan-badan kerajaan, badan berkanun dan badan-badan bukan kerajaan untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan penyelidikan yang berkaitan dengan persekitaran tanah tinggi.

PERANAN

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser UKM juga mempunyai peranan mengikut susunan keutamaan seperti berikut:-

  • Menjalankan pengajaran dan penyelidikan dalam bidang bio-kejuruteraan, biomemetik, teknologi nano, hidrologi, geologi, bencana alam, botani, ekologi, tanih, flora, fauna dan persekitaran sosial;
  • Memberi perkhidmatan perundingan kepada agensi dan institusi tertentu (Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser, Pejabat Daerah & Tanah Raub, Majlis Daerah Raub, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang) apabila dimohon berbuat demikian.
  • Menyediakan khidmat masyarakat kepada komuniti setempat dalam pembangunan modal insan terutamanya dalam bidang edupelancongan dan ekopelancongan.