Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

BULETIN SAINS KESIHATAN

 

PANDUAN KEPADA PENGARANG

 

SKOP

Buletin Sains Kesihatan (BSK) ialah sebuah jurnal ilmiah berwasit yang komited kepada perkembangan dapatan penyelidikan dalam pelbagai bidang sains kesihatan dan perubatan serta teknologi berkaitan. Ia meliputi makalah dalam pelbagai aspek sains kesihatan, penyelidikan klinikal dan juga pra klinikal. Antara bidang tersebut termasuklah audiologi, biokimia, pergigian, dietetik, pengimejan perubatan, sains bioperubatan, sinaran perubatan, pemakanan, optometri, farmakologi, farmasi, fisiologi, fisioterapi, terapi carakerja, sains forensik, kesihatan masyarakat, psikologi kesihatan, kesihatan persekitaran, sains pertuturan dan sains sukan. Buletin ini menerbitkan kertas asli, komunikasi pendek, laporan kes dan nota penyelidikan yang menarik minat ramai para sarjana. BSK diterbitkan oleh Sidang Pengarang daripada Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu para sarjana terkenal daripada universiti dalam dan luar negara dilantik sebagai ahli Lembaga penasihat dan penilai artikel yang dikemukakan.

 

PROSEDUR PENYERAHAN MANUSKRIP

Buletin Sains Kesihatan menerbitkan manuskrip yang ditulis dalam Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris. Manuskrip yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan atau tidak dihantar serentak untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan lain. Manuskrip perlu ditaip selang dua baris, ruangan tunggal dan saiz font 12 Times New Roman di atas kertas bersaiz A4 tidak melebihi 15 mukasurat bagi kertas asli (6 mukasurat bagi komunikasi pendek, laporan kes dan nota penyelidikan) dan hendaklah diserahkan melalui sistem atas talian. Segala surat-menyurat mengenai makalah serta perkara yang berkenaan hendaklah dialamatkan kepada:

 

Ketua Editor
BULETIN SAINS KESIHATAN
Faculty of Health Sciences,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
50300 Jalan Raja Muda Abdul Aziz,Kuala Lumpur, Malaysia.
E-mail: buletinsainskesihatan@ukm.edu.my
Homepage: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/bsk

FORMAT DAN GAYA

Tajuk sesuatu manuskrip perlulah ringkas, deskriptif, dan seharusnya tidak melebihi 15 perkataan. Setiap manuskrip harus mempunyai abstrak, 150 hingga 250 perkataan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang memperihalkan isi utamanya. Sekiranya manuskrip ditulis dalam bahasa melayu, abstrak dalam bahasa inggeris perlu disertakan.

Secara am, pembahagian isi merangkumi

  • Pengenalan
  • Bahan dan Kaedah
  • Hasil dan Perbincangan
  • Kesimpulan
  • Rujukan

Setiap manuskrip mesti disertakan dengan 3-5 kata kunci. Semua ilustrasi termasuk rajah, carta dan graf, mesti dilabel dan disediakan dalam halaman yang berasingan daripada teks. Kedudukan ilustrasi seperti yang dikehendaki dalam teks hendaklah ditanda dengan jelas. Semua ilustrasi ini harus dirujuk dan dinomborkan secara berurutan sebagai rajah. Semua ilustrasi hendaklah sama ada dilukis dengan jelas menggunakan dakwat kekal, difotografkan dalam bentuk hitam putih atau warna dan dicetak di atas kertas yang bermutu, atau dalam bentuk imej digital, dan disediakan dalam bentuk camera-ready.

Rujukan dalam teks hendaklah menggunakan sistem nama penulis dan diikuti oleh tahun penerbitan. Satu senarai rujukan yang disusun mengikut abjad hendaklah dimasukkan di bahagian akhir sesebuah manuskrip. Kesemua rujukan yang dipetik dalam teks haruslah muncul dalam senarai rujukan. Para penulis bertanggungjawab memastikan ketepatan dan kesempurnaan maklumat dalam senarai rujukan. Semua manuskrip mesti mengikut garis panduan rujukan Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia atau The Chicago Manual of Style (University of Chicago Press). Gaya rujukan yang digunakan haruslah konsisten di semua bahagian manuskrip.

 

HAKCIPTA

Para penulis bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan manuskrip mereka tidak melanggar mana-mana hak cipta yang sedia ada. Para penulis seharusnya mendapat keizinan untuk menerbitkan semula atau mengubahsuai bahan-bahan yang mempunyai hak cipta, dan menunjukkan bukti keizinan tersebut semasa menyerahkan naskah akhir manuskrip.

 

PROSES PENILAIAN

Sesebuah manuskrip akan dinilai oleh Sidang Editor dan sekurang-kurangnya seorang pewasit bebas. Keputusan tentang penerbitan sesebuah manuskrip didasarkan kepada saranan ahli-ahli lembaga ini. Sesebuah manuskrip akan dinilai berasaskan kesesuaiannya dengan Buletin Sains Kesihatan, sumbangan kepada disiplin ilmu, kejituan analisis, keluasan konsepsual, persembahan yang jelas, dan kesempurnaan teknikal. Nama penuh dan afiliasi semua penulis manuskrip hendaklah dinyatakan pada halaman depan yang dibuat secara berasingan dengan manuskrip. Manuskrip yang diserahkan oleh mana-mana anggota Sidang Editor juga tertakluk kepada prosedur penilaian yang sama.

 

NASKHAH SEMAKAN

Satu set naskhah semakan akan dihantar kepada penulis bagi tujuan penyemakan kesilapan percetakan. Adalah menjadi tanggungjawab penulis untuk memaklumkan sebarang pembetulan kepada Sidang Editorial.

 LATEST VOLUME

Volume 6 No 1 (2022)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Volume 5 No 2 (2021)

Volume 5 No 1 (2021)

Volume 4 No 2 (2020)

Volume 4 No. 1 (2020)

Volume 3 No. 2 December 2019

Volume 3 No.1 June 2019

Volume 2 No. 1 Julai 2018

Volume 1 No. 1 Disember 2017