Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

Program Dietetik

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan universiti terulung yang menawarkan Ijazah Sarjanamuda Dietetik (Kepujian) di Malaysia dan telah melahirkan Pakar Dietetik yang berkaliber sejak awal tahun 80an. Dietetik merujuk kepada aplikasi terapi pemakanan mengikut status kesihatan individu atau kumpulan.

Kurikulum dietetik direka dengan kursus asas seperti biokimia, anatomi, fisiologi, imunologi, farmakologi, mikrobiologi dan kursus berkaitan dengan bidang dietetik seperti perkhidmatan makanan, terapi pemakanan perubatan, perkhidmatan dietetik komuniti, penyelidikan dietetik, perkhidmatan dietetik luar dan dalam wad supaya dapat menyediakan latarbelakang sains untuk memahami konsep dalam makanan, pemakanan dan dietetik.

OBJEKTIF

  • Menyediakan graduan berdaya saing, mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang dietetik dan boleh bekerjasama dengan ahli kesihatan profesional lain;
  • Menyediakan persekitaran yang menerapkan komitmen kepada aspek klinikal, komuniti dan perkhidmatan makanan di kalangan bakal graduan.

PROSPEK KERJAYA

Pegawai Dietetik terlibat dalam pelbagai bidang seperti kesihatan (hospital), industri, kesihatan masyarakat, pendidikan, penyelidikan, perkhidmatan makanan (katering) dan sektor swasta. Kerjaya graduan Program Dietetik lazimnya bermula di tempat-tempat seperti berikut:

  • Pegawai Dietetik di hospital kerajaan dan swasta dengan peluang pengkhususan dalam bidang seperti Renal, Pediatrik, Diabetes, Penyakit Kardiovaskular & Pemakanan Sokongan;
  • Pusat Perkhidmatan Kesihatan Komuniti iaitu merancang diet kumpulan tertentu seperti di Rumah Wargatua & Rehabilitasi;
  • Industri Makanan;
  • Tenaga Pengajar akademik di IPT Awam & Swasta;
  • Pakar Dietetik bekerja bebas (Freelance Dietitian).