FSK DI MEDIA: BAHAYA JANGKITAN VIRUS RABIES

Berita Harian; 17 Feb 2019.

Perkongsian Oleh: Dr. Yap Wei Boon, Kumpulan Penyelidikan Onehealth, Pusat sains Kesihatan dan Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM.

Haiwan peliharan seperti anjing dan kucing berisiko dijangkiti virus Rabies yang berasal daripada kelawar. Kebiasaannya haiwan yang dijangkiti akan menunjukkan simptom berkelakuan agresif dan ganas. Virus ini boleh merebak kepada manusia melalui air liur haiwan dijangkiti pada luka gigitan. Individu yang digigit haiwan dijangkiti tidak menunjukkan simptom serta merta kerana virus akan mengalami tempoh eraman selama beberapa minggu hingga bulan selapas digigit sebelum menyerang sistem saraf pusat dan boleh menyebabkan kematian. Digalakkan mereka yang berisiko dijangkiti virus ini perlu mendapatkan suntikan vaksin bagi mengurangkan risiko dijangkiti.