Kerjasama Membekal Topeng Muka CODTIS dan PRIME

FSK Bersama Menangani COVID-19

13 April, 2020

Pusat Kajian Diagnostik, Terapi dan Penyiasatan (CODTIS), FSK telah bekerjasama dengan NGO PRIME  (PPE ReIMagineering Group) daripada Pulau Pinang bagi menghasilkan pelindung muka (face shiled). Pelindung muka ini akan digunakan oleh petugas baridan hadapan yang terdapat di kemudahan yang diwartakan untuk mengurus sampel dan pesakit yang telah dijangkiti virus COVID-19.

Dari kerjasama ini, sejumlah 1900 keping pelindung muka dihasilkan dan diedarkan kepada institusi terpilih pada 13 April, 2020

Institusi terpilih adalah seperti berikut:
1- Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) akan menerima 1000 keping FS
2 – Canselor Hospital Tuanku Mukhriz (HCTM) akan menerima 200 keping FS
3- Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan menerima 500 keping FS
4- Hospital Sungai Buloh akan menerima 200 keping FS

5- Universiti Perubatan Universiti Putra Malaysia akan menerima 100 keping FS

Syabas dan tahniah kepada ahli CODTIS yang telah bekerja keras untuk merealisasikan misi ini.

#proudfsk
# Covid19
#StayAtHome
#StayAtCampus