Pelajar FSK Rangkul Pingat Emas di International Learning Innovation Competition 2019

Tahniah diucapkan kepada Saudari Nur Azreen Binti Mohd Nazir (A159529) dan Saudari Mashitah Binti Sha An Ali (A157891) pelajar tahun 3 Program Dietetik FSK dengan tajuk inovasi “Galaxy Warrior, an interactive board game to educate children regarding fruits and vegetables intake” telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan International Learning Innovation Competition 2019 bagi kategori pelajar. Pertandingan ini anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah diadakan di Universiti Utara Malaysia pada 30 dan 31 julai 2019. Kedua-dua pelajar merupakan pelajar di bawah seliaan Prof Madya Dr Zahara Abdul Manaf daripada Program Dietetik. Sekali lagi, fakutli mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar dan penyelia di atas kecemerlangan ini.