Pembukaan Sebutharga Pembelian Peralatan Penyelidikan Biosafety Cabinet (BSC)

Salam Sejahtera & Selamat Pagi,
Untuk makluman tuan/puan, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UKM akan membuka sebutharga bagi pembelian 1 unit Biosafety Cabinet (BSC) untuk kegunaan gunasama di Makmal Analisis Persekitaran Aras 3, Blok D, untuk Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri, FSK, UKM.
2. Sehubungan dengan itu, syarikat tuan/puan dijemput untuk menyertai pembukaan sebutharga ini yang akan dibuka bermula 25 Ogos 2020 (Selasa) jam 9.00 pagi dan akan dtutup pada 27 Ogos 2020 (Khamis) jam 12.00 tengahari. Dokumen yang telah siap diisi dan semua dokumen sokongan perlulah dihantar secara hard copy selewat-lewatnya pada  27 Ogos 2020 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengahari kepada staf yang bertanggungjawab seperti alamat di bawah ;
En. Nor Aiman Nor Azman
Pejabat Dekan,
Aras 1, Blok A
Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-92897599
Emel : noraiman@ukm.edu.my
Sekian, segala perhatian dan kerjasama tuan/puan amat dihargai dan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

 

 

SENARAI SEMAK SEBUTHARGA 2. UKM-SPKP-PKU04-GP06-L01 Format Dokumen Sebutharga B – BSC KPKI UKM-SPKP-BEN-PK02-BO04 Jadual Harga (Sebut Harga)