TAHNIAH: PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU (JKTBM) MALAYSIA

27 Mac 2019- Fakulti merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Dr. Siti Balkis Budin, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Fakulti Sains Kesihatan atas lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) Malaysia bagi tempoh tiga (3) tahun berkuatkuasa dari 20 Februari 2019 hingga 19 Februari 2022.
Jawatankuasa ini merupakan lembaga kebahasaan yang diberikan kuasa penuh oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan bertindak sebagai sebuah badan penasihat dalam hal-hal kebahasaan.  Selain itu, Jawatankuasa ini merupakan badan tertinggi bagi pihak Malaysia dalam hal-hal kerjasama kebahasaan pada peringkat negara serantau yang dinamakan sebagai Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).