UCAPAN TAHNIAH PELANTIKAN DEKAN FAKULTI SAINS KESIHATAN

Fakulti merakamkan ucapan tahniah kepada Y.Bhg. Prof. Dr. Suzana Shahar atas lantikan sebagai Dekan Fakulti Sains Kesihatan yang baharu untuk tempoh tiga (3) tahun mulai 1 Ogos 2019 hingga 31 Julai 2022.

Majlis penyerahan tugas Dekan FSK telah diadakan pada 8 Ogos 2019 di Bilik Mesyuarat Fakulti Sains Kesihatan. Di kesempatan ini juga Fakulti ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Prof. Dr. Bariah Mohd Ali sepanjang menyandang jawatan Dekan Fakulti Sains Kesihatan tempohari.