Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

PERUTUSAN DEKAN

 

Selaku Dekan Fakulti Sains Kesihatan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran anda semua. Fakulti ini menawarkan pelbagai aktiviti dalam bidang Sains Kesihatan. Kursus yang ditawarkan merangkumi pelbagai program berasaskan makmal hingga program berasaskan klinikal untuk kedua-dua tahap prasiswazah dan pascasiswazah.

Fakulti Sains Kesihatan telah ditubuhkan pada tahun 1992, bertujuan menyediakan pendidikan, penyelidikan, dan perundingan dalam pelbagai disiplin sains kesihatan dan menghasilkan graduan dalam bidang kesihatan perubatan. Di samping itu, ahli fakulti dan pelajar juga terlibat dalam pelbagai program khidmat masyarakat. Misi fakulti adalah untuk menyediakan pendidikan terkini dan semasa yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan profesional Sains Kesihatan yang beretika dan berwibawa yang berupaya memberi impak kepada tahap kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

Ahli fakulti yang aktif dalam penyelidikan menyerapkan hasil penyelidikan mereka ke dalam kuliah dan ini memberikan pelajar pengetahuan terkini dalam bidang ilmu yang kian meningkat. Tambahan pula, ahli fakulti penyelidik dan pelajar datang dari pelbagai latar belakang dan negara seterusnya memperkayakan pengalaman pelbagai budaya di fakulti.

Sebagai sebuah fakulti di universiti penyelidikan, fakulti juga memainkan peranan yang aktif untuk mewujudkan pusat penyelidikan cemerlang dan objektif fakulti untuk meningkatkan bilangan pelajar pascasiswazah. Saya yakin walaupun negara dilanda krisis ekonomi global, ahli fakulti dan kakitangan sokongan, pelajar, alumni dan stake holder akan memainkan peranan masing-masing untuk mencapai objektif menjadikan fakulti sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan tersohor dalam bidang sains kesihatan di rantau ini.

Saya amat berbesar hati, untuk bekerjasama dengan anda tidak kira sama ada anda menyertai fakulti sebagai seorang pelajar ataupun ahli fakulti.

Yang ikhlas,

Profesor Dr. SUZANA SHAHAR
Dekan, Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia